
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri tabung di sebuah masjid di Padang Pauh dekat sini pada Sabtu lalu.
Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, yang bekerja sebagai tukang cuci membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.
Mengikut kertas pertuduhan, ibu kepada seorang anak lelaki berusia empat tahun itu didakwa mencuri tabung mengandungi wang RM40 di Masjid Sirajuddin di Padang Pauh kira-kira pukul 8.45 malam, Sabtu lalu.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Iman Nor Azmi.
Nur Iman dalam hujahnya berkata, anak guamnya mengaku tidak bersalah disebabkan dia tidak mencuri wang sebanyak RM40 sebaliknya hanya RM28 sahaja.
Selain itu, Nur Iman memohon mahkamah meringankan jumlah jaminan disebabkan tertuduh mempunyai tanggungan seorang anak yang masih kecil berusia empat tahun.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes selain memerintahkan tertuduh membayar sebanyak RM2,000 sebagai jaminan.
Tertuduh bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak membayar wang jaminan, dan ditahan sementara di Pusat Koreksional Perlis sementara menantikan tarikh sebutan semula kesnya
Sumber; Bharian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply