Hiburan

Jarak Usia 22 Tahun, Iqbal Akui Terpaut & Sayang Pada DSV. Ini Reaksi Ibu Iqbal Sendiri

Baru-baru ini kec0h apabila usahawan Datuk Seri Vida (DSV) digos1pkan dengan pembantu peribadinya sendiri, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa lelaki berkenaan hanya mahukan wang, bahkan ibu Iqbal turut terkena tempi4s apabila dia mengeluarkan kenyataan tidak halang jodoh DSV dan anaknyajika ada jodoh antara mereka.

Maznuni Che Yusof, 49 dalam kenyataannya bersama Berita Harian memberitahu bahawa hubungan anaknya dan DSV hanyalah sebagai seoranag pekerja dan majikan, walau bagaimanapun dia tidak menaf1kan jika ada jodoh antara mereka.

“Soal jodoh adalah ketentuan Allah, yang penting menjaga amanah yang diberi Datuk Seri Vida. Saya tahu Iqbal anak yang baik, jika ada jodoh antara mereka adalah.

Saya tidak terkesan dengan cerita orang terhadap anak saya, sebab saya kenal Iqbal macam mana,”

“Kalau DSV Orang Biasa, Makcik Nak Bagi Anak Makcik Kahwin Ke..Sebab Harta Kan?”, Netizen Kec4m Ibu Iqbal, D4kwa Mahu Harta DSV! 3

Iqbal ketika ditemubual turut menaf1kan dakw4an bahawa dia ingin mengambil kesempatan terhadap penyanyi ‘I Am Me’ itu.

“Tidak tahu bagaimana cara untuk luahkan bahawa kehadiran saya di sisi Datuk Seri Vida bukanlah kerana ingin mengambil kesempatan. Buat apa nak larikan hartanya kerana akhirnya kita mat1 jua.

Benar, kami sangat akrab walaupun tidak terlalu lama kenal. Namun, soal hati dan perasaan itu dalam hati. Kita tidak boleh menaf1kan. Tidak pula cepat membuat keputusan.

Saya pun fikir panjang, untuk keluarga dan terutamanya untuk kebahagiaan dia. Pihak keluarganya tidak menggalakkan kami berkahwin, bukan hanya dengan saya malah dengan mana-mana lelaki pun disebabkan serik tiga kali percera1an,”

Rata-rata netizen berpendapat bahawa wanita berkenaan bersetuju bermenantukan DSV hanya mahukan wang, walau bagaimanapun ada juga yang menyokong Maznuni dengan menyatakan bahawa wanita berkenaan tidak bersalah.

KHABAR angin, kononnya Vida bakal menikahi bekas pembantu peribadinya kini tersebar luas.

Vida nak pastikan diri subur, baru fikir kahwin

PETALING JAYA – Taikun kosmetik, Datuk Seri Vida memaklumkan, sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan mana-mana lelaki, dia perlu memastikan dirinya masih subur dan mampu melahirkan anak.

Kata Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 50, dia tidak mahu terhegeh-hegeh berkahwin andai tidak mampu melahirkan zuriat memandangkan usianya sudah semakin lanjut.

“Sebelum buat sebarang keputusan (untuk berkahwin), pertama sekali, saya kena tengok saya ini mampu melahirkan zuriat atau tidak.

“Jadi, saya akan buat ‘check up’ (pemeriksaan kesuburan) untuk memastikan saya boleh melahirkan zuriat. Selepas itu, barulah saya fikir perancangan selanjutnya sama ada untuk berkahwin atau tidak.

“Bukan apa, sekarang ini yang muda-mudi ini kalau tiada atau diikat dengan ‘zuriat’, nanti jadi susah. Kalau tanya saya, itulah yang perlu saya buat dahulu sekarang ini. Pastikan diri subur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Vida bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli selepas rakan baik usahawan berkenaan, Datuk Seri Aliff Syukri bertindak memuat naik video klip pendek perbualan yang mendedahkan perkara tersebut.

Vida bagaimanapun bertegas, andai punya jodoh lagi, dia hanya akan memilih bakal suami yang setaraf dengannya.

Katanya, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.

“Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis brutal (lasak) gini (macam ini). Semua buat, takut lari saja nanti.

“Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.

“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti),” ujarnya seraya berseloroh dalam Instagram.

Dalam pada itu, ditanya sama ada benar Iqbal bertepuk sebelah tangan, pelantun lagu I Am Me itu menafikan sambil meninggalkan emoji wajah dipenuhi bentuk hati dengan respons ringkas: “Tak kot (tertawa).

Iqbal dalam satu kenyataan kepada portal hiburan memberitahu bahawa dia sudah melakukan ujian kesuburan dan mampu memberi nafkah sebanyak RM1 juta sebulan kepada isterinya.

Untuk rekod, Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan seorang lelaki bernama Mohd. Amin Yassin, 43, pada 2000 namun bercerai pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumah Vida di Ipoh pada 2013.

Selain itu, Vida pernah mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun bercerai pada 7 April 2017

“Saya Menerima Kecaman Bertalu-Talu…,” – Iqbal Zulkefli Jawab Isu Beli Jam Tangan Mewah RM550k, Ulas Terperinci Hubungan Dengan DSV

Usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli tampil menjawab mengenai video yang dimuat naik di Instagram mengenai pembelian dua utas jam tangan mewah jenama Hublot yang mencecah harga RM550,000 baru-baru ini.

Dia yang mesra disapa Iqbal menjelaskan, dia menerima reaksi pelbagai selepas berkongsi video tersebut apatah lagi dengan situasi semasa pandemik Covid-19 ketika ini.

“Saya menerima kecaman bertalu-talu juga di kalangan netizen apabila memuat naik video membeli jam berkenaan pada 22 Ogos lalu.

“Ada yang menyamakan saya seperti kebanyakan usahawan terkenal lain yang gemar menayang kemewahan di media sosial. Ada juga yang beranggapan kandungan sebegitu tak sesuai ketika ramai bergelut di era pandemik COVID-19 ini.

“Tapi saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naikkan kandungan berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang kandungan sebegini di media sosial,” katanya.

Anak ketiga daripada lapan beradik ini bagaimanapun mengakui, dia mempunyai sebab tersendiri apabila memuat naik video yang kini tular itu.

“Cuma kali ini saya rasa tujuan video itu bukan dimuat naik atas paksi riak. Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul betul berusaha walaupun di era pandemik, kejayaan itu pasti berhasil.

“Video dimuat naik saya menayang wang tunai membeli jam itu juga bukan lakonan. Saya juga nak mendidik orang kalau boleh beli barang secara tunai, elaklah berhutang.

“Kalau kita serius, ada matlamat dan misi, semua ini takkan mustahil. Yang penting usaha dan kesungguhan itu pasti berbaloi dan dibuka jalan.

“Saya juga tak pernah main-main selama ini saat menceburi dunia perniagaan,” katanya yang kini sukses dengan produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi, Iba Perfumes.

Sementara itu, dia turut mengulas soal hubungannya bersama pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) yang kembali diperkatakan.

Iqbal yang sebelum ini dikenali sebagai bekas pembantu peribadi DSV berkongsi selepas sesi siaran langsung antara usahawan berkenaan dengan Datuk Seri Aliff Syukri yang turut memetik kisah jodoh mengenai Iqbal.

Malah usahawan berusia 27 tahun itu turut memuat naik sebahagian klip video berkenaan di Instagram.

“Ikutkan ketika saya masih menjadi pembantu peribadinya lagi, persoalan jodoh dan kahwin sering diajukan. Malah dulu sampai satu tahap saya dianggap ‘anak ikan’nya apabila ada yang tidak tahu hubungan kami antara majikan dan pekerja.

“Tapi sejak itu juga, ia bagai berlalu pergi. Tak sangka pula Datuk Aliff petik balik kisah ini. Sebagai lelaki, kalau cakap soal hati dan selama mengenali insan bernama Datuk Seri Vida itu, saya mengakui terpaut hati dan sayang kepadanya.

“Tapi saya tahu kenyataan sebegini akan menjerat diri. Siapalah saya ketika itu nak mendekatinya yang dianggap berpengaruh. Saya pasti dianggap mahu menumpang populariti dan kekayaannya,” katanya.

Namun secara peribadi, biarpun jarak usia 22 tahun antara mereka, Iqbal tidak melihat ia sebagai penghalang.

IKLAN
“Dari saya masih belajar di ASWARA, menjadi pembantu peribadi, hingga dibuang kerja dan sampailah saya ada rangkaian perniagaan sendiri hingga disebut sebagai Orang Kaya Baru olehnya, saya masih Iqbal yang sama. Jujur hati itu masih ada menaruh kepadanya.

“Malah saya pun tak melihat seperti bertepuk sebelah tangan. Cuma nak kata bercinta itu tak berani. Perasaan itu seolah olah tergantung sepi tanpa ada kesudahan. Lagipun dia sudah pernah berdepan kegagalan rumah tangga dan perasaan keluarga juga perlu dijaga.

“Masa dia bercerai pun, saya ada disisinya. Ikutkan saya pernah bawanya berjumpa dengan keluarga di Kelantan dulu. Jujur kami pernah hampir nak berkahwin, tapi atas beberapa sebab ia tak jadi,”katanya.

Iqbal menambah, dia sedia maklum mengenai situasi yang pernah terjadi kepada penyanyi lagu I Am Me itu.

“Perasaan anaknya, Cik B pun perlu dijaga. Cik B sendiri tak mahu ibunya bercinta dengan sesiapapun. Barangkali sebagai anak, Cik B tak mahu ibunya terus terluka.

“Jadi selepas ditimbang tara, mungkin kami lebih sesuai berkawan. Bercinta itu juga tidak semestinya memilikikan? Dalam sehari kami boleh berborak dua tiga jam bercakap soal bisnes.

“Malah kalau ada masalah itu ini termasuk perihal staf, dia akan luah. Saya suntik semangat kepadanya jika dia ‘down’. Kalau dia nangis pun, nangislah jika itu membahagiakan,” katanya lagi.

SUMBER:MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *