Anwar Berpeluang Cerah Dilantik Menjadi Perdana Menteri ke-9 Sekiranya Perkara Ini BerIaku

Ketika semua mata terarah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri baharu, ramai seakan terlupa seorang lagi individu yang berpotensi.

Ini kerana parti pemba.ngkang kekal bersatu dengan 105 anggota parlimen menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai pilihan mereka untuk menjadi perdana menteri.

Perlu cari enam sokongan sahaja lagi

Tuga.s bagi Anwar sekarang, adalah untuk merapatkan jurang dan memperolehi sekurang-kurangnya enam lagi sokongan anggota Parlimen untuk mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat.

PeIbagai sumber mengesahkan bahawa selain 88 ahli parlimen Pakatan Harapan, Anwar kini mendapat sokongan daripada Warisan, Pejuang, Parti Sarawak Bersatu, dan dua wakil rakyat Bebas.

Prsiden Warisan Shafie Apdal sebelum ini telah mengesahkan bahawa partinya akan menyokong Anwar setelah dia gagal mendapatkan sokongan yang sewajarnya.

Ketua Wira Warisan Mohd Azis Jamman selanjutnya mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani SD bagi menyokong Anwar.

” Bola sekarang di gelanggang Anwar,” ciap Azis.

Anwar akan bersaing dengan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob yang dipercayai sedang mendahului ketika ini.

Selain sokongan daripada Umno dan BN, Ismail Sabri juga dijangka mendapat sokongan daripada PAS dan Bersatu.

Sebelum ini seorang anggota parlimen dari GPS berkata mereka secara prinsip telah bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri – ini memberi naib presiden Umno itu cukup sokongan untuk membentuk kerajaan.

Namun, tanda tanya mula timbul apabila Pengerusi GPS Abang Johari Openg mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa mereka akan menyerahkan perkara berkenaan kepada “kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong”.

Ini ditafsirkan oleh beberapa pihak sebagai GPS berkecuali dalam pemilihan calon perdana menteri.

Abang Johari dan Ahli Parlimen Petra Jaya Fadillah Yusof kemudian mengesahkan bahawa GPS belum menyerahkan SD ke istana.

Namun, kedua-dua pemimpin GPS itu enggan mendedahkan siapa yang disokong oleh gabungan berkenaan.

Semua anggota parlimen telah diarahkan untuk memaklumkan kepada Istana Negara mengenai calon pilihan perdana menteri mereka sebelum jam 4 petang hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong telah menggesa ahli poIitik untuk bersatu bagi melawan COVlD-I9 dan menempa “poIitik baru”, menurut Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bercakap dengan pemberita selepas sesi menghadap pemimpin parti poIitik dengan Agong hari ini, Anwar berkata semua yang hadir turut mencapai konsensus untuk menghentikan “poIitik lama”.

” Agong memulakan titah dengan kata-kata nasihat, peringatan bahawa negara dalam kemelut poIitik dan perlembagaan, dan harus bersatu untuk hadapi COVlD-I9 dan (memulihkan) ekonomi.

” Agong juga menyebut (peruntukan) perlembagaan (berkenaan) calon (perdana menteri) yang ada sokongan majoriti ahli parlimen, tapi bentuk poIitik kena berubah,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata pihak yang “menang” tidak boleh bertindak menekan “pihak kalah” seperti sebelum ini.

” Maknanya, yang menang jangan jadi seperti pernah berlaku ‘memakan’ yang kalah.

” Semua parti dengan semangat baru, muafakat baru bekerjasama untuk menangai COVlD-l9.

” Tiap ketua parti diminta menyampaikan pandangan, semuanya nampak ada satu persefahaman konsensus untuk hentikan poIitik Iama yang meIeIahkan dan memb.osankan,” ujarny

Selain Anwar, turut menghadap Agong hari ini adalah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, dan wakil daripada GPS dan Warisan.

Turut serta adalah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sesi menghadap hari ini susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri setelah hilang sokongan majoriti.

” Kita akan jurus semula ke arah membangunkan.

” Isu bukan saja (berkenaan) pelantikan perdana menteri baru, tapi lebih penting seperti yang ditekankan Agong dan timbalan Agong adalah untuk menggagaskan satu bentuk poIitik baru yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat,” katanya lagi.

Sumber:maIaysiakini

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*