Tempatan

Slps Ura² PM Akan Letak Jawatan, Anwar Ibrahim Menjadi Pilihan Utk Jadi PM ke-9

Kemelut yang melanda pentadbiran negara nampaknya semakin meruncing apabila khabar angin berkenaan peletakkan jawatan Perdana Menteri semakin betiup kencang.

Semenjak UMNO menarik balik sokongan terhadap perdana menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), terdapat pegawai menteri yang telah mula mengemas barang dan mengosongkan pejabat masing-masing pada awal Ogos lalu.

Seorang pegawai menteri yang dihubungi Sinar Harian mengatakan beliau sudah pun mengemas barang-barangnya semenjak kemelut politik melanda.

Menurutnya, barang-barangnya hanya tinggal sedikit sahaja lagi memandangkan beliau sudah mula mengemas sejak sebelum UMNO menarik balik sokongan lagi.

Berita melaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Ini dengan menawarkan kerjasama rentas antara PN dengan parti luar sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan September depan.

Cadangan itu diusul bagi mengekalkan kerajaan untuk terus berfungsi sepanjang tempoh pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Tujuan cadangan itu dibuat bagi mengelakkan kumpulan kleptorat memerintah jika kemelut politik tidak diselesaikan dengan kadar segera, ujarnya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung petang semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Telah Mengesahkan

Seorang pemimpin Bersatu hari ini mengesahkan Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Redzuan Md Yusof, memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

Kata ahli parlimen Alor Gajah itu, perkara berkenaan dimaklumkan Muhyiddin dalam pertemuan dengan ahli parlimen Bersatu selama kira-kira dua jam sebentar tadi.

“Esok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan,” katanya.

Kata Mohd Redzuan, Muhyiddin sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan keadaan dan kedukan kerajaan namun ikhtiarnya itu tidak membuahkan hasil.

Menurut menteri tugas-tugas khas itu, peletakan jawatan adalah pilihan terakhir yang ada pada Muhyiddin selepas bilangan ahli parlimen yang menyokongnya menyusut dan tidak mencukupi ntuk meraih majoriti di Dewan Rakyat.

“Maka ini adalah tindakan yang betul dan terhormat untuk Muhyiddin mengikut perlembagaan, dan terserah kepada Agong sama ada mahu menerima peletakan jawatan tersebut atau tidak,” katanya.

Kelihatan sangat tenang

Pun begitu, menurut Mohd Redzuan pihak yang bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Muhyiddin dan PN tidak boleh bergembira atau meraikan perkembangan berkenaan buat masa ini.

Anuar jd pilihan netizem

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima, blok Bersatu masih memiliki sokongan terbesar berbanding mana-mana kumpulan lain.

Anuar Ibrahim Jadi Pilihan Utk Jadi PM ke 9

Ini adalah info yang dikongsikan oleh portal berita Sinar Harian, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan adalah pilihan utama netizen untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

Antara calon lain yang diundi ialah Datuk Seri Najib yang mendapat tempat ke 2 dengan jumlah undian sebanyak 24.45%. Ini diikuti Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin dengan 14.55%.

Manakala ditempat ke 4 Ahli Parlimen Rantau iaitu Datuk Seri Mohammad Hassan dengan jumlah undian 6.74%.

Manakala Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ditempat ke 5 dan diikuti oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ahli Parlimen Sembrong di tempat ke 6 dengan jumlah undian 3.89%.

Manakala pilihan utama sebagai calon PM ke 9, Datuk Seri Anwar Ibrahim jauh mendahului calon lain dengan jumlah undian sebanyak 45.76%.

Hasil undian di atas talian itu melibatkan seramai 1,207 netizen di semua platform sosial media Sinar Harian.

Antara tokoh politik yang tidak berada dalam senarai calon ialah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad. Selain itu, tidak ada seorang pun wakil dari parti PAS yang dicalonkan

Namun begitu, undian itu tidaklah boleh memberi gambaran yang tepat untuk mewakili pilihan lebih kurang 32 juta penduduk di Malaysia.

Berikut ialah senarai penuh undian

Anuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizemAnuar jd pilihan netizem

  1. Datuk Seri Anwar Ibrahim 45.76%
  2. Datuk Seri Najib Tun Razak 24.54%
  3. Tan Sri Muhyidin Yassin 14.55%
  4. Datuk Seri Mohammad Hassan 6.74%
  5. Khairy Jamaluddin Abu Bakar 4.57%
  6. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 3.89%

Sumber Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *