Hiburan

Tampil Bertudung Labuh, Ini Punca Mengejutkan Knp Izara Aishah Padam Gambar Lama

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Izara Aishah mencuri perhatian apabila tampil bertudung labuh di Instagramnya (IG).

Penampilan terbaharu Izara atau nama sebenarnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 28, itu dikongsikannya dalam beberapa keping gambar yang dipaparkan di platform tersebut baru-baru ini.

Izara bagaimanapun telah menutup ruangan komen bagi perkongsiannya itu.

Selain itu juga, timbul persoalan apabila pelakon filem Pilot Cafe ini turut bertindak memadam gambar-gambar lama tidak bertudung di IG.

Aktres jelita ini mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid, 33, yang juga anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017.

      

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup selama hampir lima tahun.

Sebelum ini, Izara Aishah berasa hairan apabila semakin ramai instafamous yang membanjiri kebanyakan program di kaca televisyen masa kini.

Soal Izara, adakah kemunculan mendadak kelompok terbabit disebabkan keadaan mendesak sesetengah stesen televisyen tempatan kerana pandemik COVD-19.

“Instagram famous banyak jadi pelakon. TV semakin tiada bajet sebabkan Covid-19 ke?” ciap Izara menerusi laman Twitter miliknya pada Rabu.

Tambah Izara lagi, situasi semasa kemunculan kelompok Instafamous di kaca televisyen sedikit sebanyak mencalarkan reputasi artis yang betul-betul punyai bakat dan komited dalam dunia seni.

“Ada sesetengah daripada mereka tidak minat pun nak berlakon. Pada waktu saya, kami perlu melalui ujibakat.

“Keghairahan kami itu membuatkan kami mahu menjadi pelakon. Kami belajar seni untuk masuk ke dalam industri.

“Usaha yang kami lakukan itu tidak sama seperti apa yang berlaku sekarang,” ujarnya.

Status pelakon filem Sejoli itu mengundang pelbagai reaksi netizen sekali gus menyuarakan kekesalan terhadap situasi terbabit.

Ada yang menganggap stesen televisyen sudah tidak mampu lagu membayar artis yang sudah punyai nama dalam indsutri.

Malah, ada yang berpendapat stesen televisyen mengupah Instafamous disebabkan mereka mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial sekali gus menarik perhatian untuk pihak lain membeli iklan.

“Sebab nak bayar pelakon yang dah ada nama mahal sangat dan tak semua produksi mampu dan kalau boleh lagi la nak cut cost.

Jadi satu cara adalah upah Instafamous. Kayu pun, kayu la janji duit masyuk. Sebab itu la drama dan filem malaysia susah nak maju.

“Mereka upah Instafamous mungkin sebab pengikut di laman sosial lebih 500,000. Jadi, mereka fikir mungkin pengikut itu akan menonton.

Lakonan yang lemah? Asalkan dapat perhatian. Lontaran dialog tak jadi? Asalkan dapat perhatian. Penghayatan yang kurang? Asalkan dapat perhatian.

“Lebih ramai pengikut di laman sosial, lebih banyak jumlah tontonan dapat tarik banyak iklan dan stesen TV dapat duit daripada iklan dan tajaan. #Business,” komen beberapa pengikut.

Sumber: Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *