Hiburan

Pemergian Siti Sarah sampai dapat liputan antarabangsa. Ini reaksi netizen luar negara

BERITA pemergian Allahyarham Siti Sarah yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia turut mendapat liputan agensi berita terkenal luar negara.

Portal media terkenal dunia di United Kingdom iaitu BBC News melaporkan berita duka itu petang Selasa dengan tajuk ‘Malaysian singer dies of C0v, day after giving birth’ (Penyanyi Malaysia meninggal dunia akibat Covid selepas melahirkan anak’.

Rata-rata netizen luar negara tersentuh dengan pengorbanan arwah sebagai ibu.

Mereka mengucapkan takziah dan menganggap ia sebagai satu berita yang memilukan akibat virus Covid-19 yang sedang menyerang dunia.

“Sangat menyedihkan dia tidak dapat melihat bagaimana comelnya anak yang dilahirkan. Begitu juga anak itu tidak dapat peluang merasakan pelukan seorang ibu.

Antara komen dan reaksi netizen dari luar negara.

“Tragik… tapi ibu mengorbankan hidupnya supaya bayinya boleh hidup. Inilah kasih sayang ibu… semoga anda tenang di sana.

“Ini sangat menyedihkan, anak tidak dapat mengenali ibunya. Takziah buat keluarga dan kawan-kawannya yang sedang berdepan kesedihan,” tulis beberapa netizen.

Selain BBC, berita duka itu juga dilaporkan News portal CNA Lifestyle Asia dan Liputan.6 dari negara jiran Indonesia pada Isnin.

Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat C0v-19.

Selain BBC News, portal liputan6 dan Chanel News Asia Lifestyle (CNA) juga melaporkan berita sama.

Shuib dapat kiriman vdeo solat jnzah isteri di Mekah

Sementara terbaru, menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram, Shuib berkongsi rasa terharu dan sebak sebaik mengetahui bahawa solat jnzah ghaib buat isterinya telah dibuat di Masjidil Haram, Mekah.

Berkongsi rakaman vdeo perbualan bersama sahabat termasuk Nabil, Shuib terkjut apabila mendapat kiriman mesej mengatakan warga Malaysia yang berada di sana telah meminta imam di masjid di wilayah Mekah untuk mengadakan solat jnzah ghaib Allahyhrm Siti Sarah.

Manakala dalam vdeo berasingan pula, Shuib memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi kerana tidak menjangka isteri turut mendapat penghormatan solat jnzah ghaib yang dilakukan di Masjidil Haram.

” Allahuakbar, Allah Maha Besar.

” Dapat kiriman vdeo solat ghaib jnzah dalam Masjidil Haram. Allah terlalu sayang you Ibu. Bergembiralah di syurga bidadariku Siti Sarah”, tulis Shuib.

Perkongsian Shuib itu mendapat reaksi orang ramai termasuk rakan artis yang meluahkan rasa syukur kerana sungguh bertuah insan bernama Siti Sarah.

Ustaz Abdullah Khairi komen

Turut menulis di ruang komen adalah pendakwah popular Ustaz Abdullah Khairi.

Kata Ustaz Abdullah, beliau turut cemburu dengan pemrgian Siti Sarah meskipun bukanlah ulama terkenal tetapi mendapat penghormatan sehingga ke Mekah.

” Hebat insan yg bernama Siti Sarah Raissudin. Dia bukan ulamak atau ustaz terkenal atau pemimpin negara, tapi auranya sampai ke Masjid Haram. Inilah contoh untuk para isteri. Cemburu saya dengan kebaikan apakah yang dilakukan..” tulis Ustaz Abdullah Khairi.

Semalam, pada pukul 1.20 tengah hari ini, jnzah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Shuib dan adik bongsu Siti Sarah, Ahmad Yazeed mengiringi jnzah sehingga ke li4ng Iahad dengan lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Jnzah anak kedua daripada tiga beradik itu dikebvmikan di lokasi sama kubvr arwah ibunya, Nur Aini Mohamad yang meninggI dnia pada 26 Jun 2013.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkvburan dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga, rakan artis, media serta peminat.

Siti Sarah disahkan meninggI dnia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM jam 5.13 pagi, hari ini.

Sebelum itu, Allahyrham dimasukkan ke lCU hospital berkenaan selepas tahap oksi.gen menurun pada 4 Ogos lalu. Pada hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembdahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwh selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.

Terdahulu, Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif COVlD-I9 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

Al-Fatihah buat Allahyrham Siti Sarah Raisuddin, semoga ditempatkan dikalangan para syuhada. Aamiin.

Sumber:k0smo dan IG Shuib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *