“Semua menunggu awak di rumah, sayang. Jgn tidur lama sangat. Kuatkan semangat dan buka mata, okay,” – Shuib Selepas lebih 42 Jam Isterinya

“Rindu ini menyakitkan. Allahuakbar.”

Itu luahan hati pelawak, Shuib juga suami kepada penyanyi Siti Sarah yang masih k0ma di Unit Raw4tan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini.

 

Shuib menerusi hantaran terbaharu di Instagram turut memberikan kata-kata semangat buat isterinya agar segera sembuh.

“Sayang (Siti Sarah) saya tahu awak sudah buat yang terbaik. Awak sudah berjuang sampai anak kita selamat pun dilahirkan. Ayash Affan sudah buka mata, kaki dah tendang-tendang, tangan dan gerak.

“Syukur Alhamdulillah dan sekarang awak penat dan sedang tidur. Tapi, jgn tidur lama-lama, sayang. Saya, anak-anak dan keluarga semua rindu awak.

“Semua menunggu awak di rumah, sayang. Jgn tidur lama sangat. Kuatkan semangat dan buka mata, okay,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib juga masih memohon agar peminat dan pengikut di platform media sosial itu mendoakan kesejahteraan isterinya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tahap 0ksigen Siti Sarah menunjukkan peningkatan, hari ini.

Semalam, Siti Sarah selamat melahirkan cahaya matanya keempat iaitu bayi lelaki menerusi proses pembed4han.

Sumber : harianmetro

“Kau Pandanglahlah Dengan Kasih Sayangmu Ya Allah,” – Titip Beri Kata Semangat Buat Sahabat, Jep & Sari Yanti Doakan Kesembuhan Siti Sarah

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu memanjatkan doa agar isteri kepada sahabatnya, Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah segera diberikan kesembuhan untuk melaw4n peny4kit C0vldl9.

Menurut Jep, dia juga berharap agar kandungan penyanyi berkenaan juga berada dalam keadaan baik.

“Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim.. Kau berilah kesembuhan kepada isteri sahabatku ini dan juga bayi dalam kandungannya.

“Kau berilah kekuatan kepada sahabatku ini @shuibsepahtu untuk melalui ujianMu Ya Allah, Kau pandanglah is dengan kasih sayang Mu Ya Allah,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan penyampai radio Sinar FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*