Uncategorized

“Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” – Pengurus

Penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan, Siti Sarah yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pengurus penyanyi tersebut mengesahkan Sarah sudah ‘ditidurkan’ selepa dimasukkan ke dalam lCU pagi tadi.

“Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Tambah Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

“Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.

“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya.

Sebelum ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (lCU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pagi tadi, akibat tahap oksigen tidak stabil.

Khabar duka tersebut dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke lCU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari kelmarin, sebelum mengalami batuk.

Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib , serta tiga anak mereka, disahkan positif COV-19 pada penghujung bulan lepas.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati positif virus berkenaan, Ahad lalu.

“Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada.

“Mohon semua doakan kami sekeluarga dapat mengharungi 14 hari ini, kami serahkan semuanya kepada Allah,” ujar penyanyi lagu Semakin ini.

Menurut Sarah, dia menganggap ada hikmah di sebalik yang berlaku dan mahu terus berfikiran positif.

 

“Semua urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa. Pihak admin akan muat naik di Instagram ini bagi pihak saya,” jelasnya.

Sarah yang sarat hamil tujuh bulan juga tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mengenai bayi dalam kandungannya, selain keadaan anak-anaknya yang demam.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Sarah meluahkan rasa bimbang memikirkan anak-anak serta bayi dalam kandungannya jika dia dan keluarganya turut dijangkiti virus m4ut tersebut.

“Jantung ini macam nak jatuh bila pembantu rumah saya positif Cov-19. Sarah tak fikir apa-apa dah selain risau anak-anak dan bayi dalam perut ini,” katanya.

Lebih membuatkan dia bimbang apabila ketiga-tiga anaknya kini sedang demam sekali gus membuatkan dirinya gusar memikirkan nasib yang bakal dilaluinya nanti.

“Ya-Allah berderau d4rah. Macam-macam benda saya fikir kalaulah saya dan suami (Shuib) positif, bagaimana dengan anak-anak?

“Kalau anak-anak juga positif, siapa yang nak jaga mereka dekat pusat kuarantin nanti? Minta dijauhkan yaAllah,” tulisnya dalam Instagram.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber: YOY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *