Berhabis RM1,400 Beli Set Karpet Kereta, Wanita Terkejut Dapat Set Karpet Yang Lebih Kecil Dari Telapak Tangan
Kisah Masyarakat

Berhabis RM1,400 Beli Set Karpet Kereta, Wanita Terkejut Dapat Set Karpet Yang Lebih Kecil Dari Telapak Tangan

Seorang wanita berusia 40 tahun tertarik dengan satu iklan set karpet kereta yang dipaparkan di sebuah website. Wanita yang dikenali sebagai Hedge Burley itu kemudian berhasrat untuk membeli set karpet tersebut sebagai hadiah hari lahir suaminya dan merancang untuk meletakkan karpet itu pada kereta Ford Cosworth keluaran 1986 milik mereka.

Berhabis RM1,400 Beli Set Karpet Kereta, Wanita Terkejut Dapat Set Karpet Yang Lebih Kecil Dari Telapak Tangan

“Saya melakukan pencarian di internet dan menemui sebuah laman web menjual karpet kereta sama seperti yang saya mahukan.

“Saya terus membeli set karpet tersebut yang dijual pada harga £245 (RM1,400) dan menyangka ia bersaiz sebenar berdasarkan harganya,” ujar Hedge Burley.

Berhabis RM1,400 Beli Set Karpet Kereta, Wanita Terkejut Dapat Set Karpet Yang Lebih Kecil Dari Telapak Tangan

Walaubagaimanapun, apabila barangan itu dihantar ke rumah mereka, wanita ini terkejut besar melihat saiz barangan tersebut. Ketika membuka. bungkusan barangan, dia terkejut melihat di dalamnya mengandungi set karpet yang sangat kecil, bahkan lagi kecil dari tapak tangannya.

“Saya membuka bungkusan barangan tersebut dan tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.

Berhabis RM1,400 Beli Set Karpet Kereta, Wanita Terkejut Dapat Set Karpet Yang Lebih Kecil Dari Telapak Tangan

“Anak lelaki saya berkata bahawa itulah sebabnya mengapa orang tua tidak boleh membeli barang di internet,” katanya.

Berhabis RM1,400 Beli Set Karpet Kereta, Wanita Terkejut Dapat Set Karpet Yang Lebih Kecil Dari Telapak Tangan

Suaminya pula tergelak apabila melihat ‘hadiah’ tersebut. Wanita ini kemudiannya cuba menghubungi penjual set karpet tersebut, namun tidak berjaya kerana laman web tersebut sudah tidak aktif lagi.

Kejadian itu membuatkan Hedge Burley merasakan dirinya tidak berminat lagi membeli belah secara online. Namun jika dia melakukan pembelian online di masa akan datang, dia berikrar akan mengambil langkah berjaga-jaga. 

Berhabis RM1,400 Beli Set Karpet Kereta, Wanita Terkejut Dapat Set Karpet Yang Lebih Kecil Dari Telapak Tangan

Selain itu. dia juga berharap akan dapat membeli set karpet kereta yang bersaiz normal pada masa yang terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *