Tempatan

‘Saya susah nak bergaduh dengan sesiapa’ Luahan Sayu Ebit Lew

PETALING JAYA – “Saya susah nak benci orang, saya susah nak lawan orang.”

Itu antara luahan rasa pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang turut menyaksikan dirinya mengalirkan air mata dalam aplikasi TikTok yang dimuat naik semula dalam Instagram, @jentikhati.

Kata Ebit atau nama lengkapnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew dalam video berkenaan, dia tidak suka untuk bergaduh dengan sesiapa sekalipun.

“Saya susah nak mengata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa.

“Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi sedih,” ujarnya.

Ebit yang dianugerahkan Duta Muhibbah oleh kerajaan Palestin baru-baru memaklumlan lagi, kalau ada yang menghantar mesej bukan-bukan, dia tidak akan membalasnya.

“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.

“Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih,” luahnya dalam video berkenaan.

Pada pengakhiran video tersebut, Ebit mendoakan agar umat manusia hidup dalam suasana dan persekitaran penuh kasih sayang.

“Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan.

“Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu. Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan pendedahan aktivis kemanusiaan, Caprice yang mendakwa Ebit dan pasukannya telah memburukkan imej negara ketika sebulan berada di Gaza, Palestin untuk membantu rakyat negara itu yang ditindas Israel. – K! ONLINE.

Caprice harap hubungan dengan Ebit Lew pulih kembali

Penyanyi dan aktivitis, Caprice, 32, mendedahkan konflik yang berlaku antaranya dengan Ustaz Ebit Lew (UEL) bukan disebabkan dia mengalami kemurungan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, gangguan fikiran itu berlaku susulan terbit kekecewaan kerana usaha jihadnya diganggu pihak luar.

“Ramai cakap saya mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu. Ini bukan isu kemurungan tetapi berkaitan dengan usaha jihad yang sedang dilakukan.

“Sesiapa yang kenal saya sebelum ini pasti tahu saya akan ‘naik gil,a’ apabila ada yang mula mempertikai dan mencabar jihad saya. Semuanya pasti menjadi luar kawalan,” katanya.

Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir menegaskan dia terpaksa meluahkan kekecewaan itu akibat hubungan baiknya dengan UEL kini renggang disebabkan campur tangan pihak luar.

Dia juga berharap hubungannya dengan UEL akan kembali pulih kerana dia sangat menyanjungi serta menjadikan aktivis itu sebagai idolanya.

“Saya tidak sangka seorang sahabat yang senyap dan tidak boleh beri kerjasama dengan perkara yang berlaku di Gaza. Saya harap hubungan kami akan kembali pulih tanpa campur tangan pihak lain. Semua ini perlu dilakukan demi Allah SWT dan ummah,” katanya.

Dia turut mendedahkan di Instagram Stories bahawa dia mempunyai perancangan bersama UEL untuk melepasi sempadan Gaza, Palestin bersama-sama.

Namun, ia tidak dapat direalisasikan kerana campur tangan pihak lain.

“Ketika tiba di Kaherah, kami mempunyai perancangan untuk masuk ke Gaza bersama-sama tetapi tidak berlaku kerana ada ‘pihak lain’ yang masuk campur. Saya minta maaf kerana bertindak luar kawalan dan jadi begini kerana terpaksa hadam masalah sekarang seorang diri di sini.

“Kemungkinan besar saya memang tak akan dibenarkan masuk ke Gaza kerana ada ‘tangan’ dari luar yang tak mahu lihat saya ke sana,” katanya.

Disebabkan pendedahan itu, ramai meluahkan rasa bimbang dengan keadaan kesihatan mental Caprice yang dilihat tidak terkawal.

Sejak beberapa hari lalu, namanya jadi bualan hangat netizen selepas dia mendedahkan situasi yang berlaku di Gaza.

Malah, dia turut mendedahkan UEL menyekatnya dalam Instagram serta memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan memasuki Gaza sehingga hari ini.

Terdahulu, Caprice berkongsi dia pergi seorang diri ke Mesir untuk melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza yang sudah lama diimpikannya.

Apa kata anda? Kobgsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *