Kisah Masyarakat

Mohon Kebenaran Rentas Negeri, Polis Hantar Mesej Cuba Mengorat Pula

Kemarin viral di twitter tentang seorang remaja perempuan yang mendakwa dirinya cuba didekati oleh seorang abang polis yang ingin berkenalan dengannya..melalui aplikasi whatsapps.

Dakwa wanita tersebut, sebelum itu dia ada ke balai polis untuk meminta kebenaran merentas negeri di dalam keadaan pandemik ini. Namun lain pula jadinya….

Kuala Lumpur: Seorang wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dihubungi anggota polis melalui aplikasi WhatsApp seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Ketva Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di Twitter, hari ini, mengenai seorang wanita yang mendakwa dirinya dihubungi oleh anggota polis melalui aplikasi WhatsApp.

“Berdasarkan hantaran yang dimuat naik wanita berusia 26 tahun itu, dia memaklumkan ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota p0lis.

“Kami dimaklumkan wanita berkenaan yang juga penganalisis pelaburan sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Gombak jam 7.30 malam hari ini dan dia akan diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dalam masa terdekat.

“Pada masa sama, kami berjaya mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kau tengok la macam mana orang nak percaya polis? Aku pergi balai mintak kebenaran ke hospital, dia ambil nombor Whatsapp benda tak perlu. Motif? pic.twitter.com/vYFWTZBL6b

— Malissa 🏴 (@malissaali) June 28, 2021

Ashari berkata, siasatan berkaitan isu tular itu sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Pihak polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota melakukan sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Palis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline P0lis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai p0lis berhampiran,” katanya.

 

Pendapat korang macam mana?

Sumber: Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *