Penyanyi Legenda Jamal Abdillah Kena Tahan Dekat SJR Sampai Disuruh Keluar Dari Kereta

Kuala Lumpur: Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 62, dit.ahan polis di S.ekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bidor, Lebuhraya Utara Selatan, semalam.

Bagaimanapun, Jamal dit.ahan bukan kerana melakukan kesa.lahan, sebaliknya kerana anggota polis yang bertugas di situ mahu bergambar dengan penyanyi popular itu.

Jamal berkata, beliau dalam perjalanan ke Bukit Merah, Taiping untuk meninjau kolam ikan kelisa yang diusahakan di sana sebelum singgah di Kampung Poh, Bidor untuk membeli makanan ikan.

“Apabila melalui SJR, petugas di situ ada yang perasan saya tapi tak sempat nak minta saya berhenti. Lagipun mereka tahu saya kena keluar jalan yang sama.

“Sebaik saya keluar, mereka tak lepaskan peluang dan terus tahan saya. Mereka bercakap dengan nada hormat minta saya tolong keluar dari kereta,” katanya.

Menurutnya, ketika itu dia sudah boleh mengagak tujuan mereka mahu bergambar. Jamal juga tidak bimbang dik.ompaun kerana ada surat kebenaran merentas negeri daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Saya ikut kehendak mereka kerana nak bagi mereka seronok. Bukan saja di luar bandar, di Kuala Lumpur pun pernah berlaku perkara sama.

“Mereka peminat saya dan saya tak kisah nak melayan. Lagipun memang satu kebiasaan buat saya apabila tempuh SJR, akan bagi salam, beri senyuman yang manis dan tanya sama ada sudah makan.

“Buat apa meny.ombong. Kita kena hormat peng.orbanan mereka demi negara. Saya pun ada kebenaran keluar bekerja dan tiada sebarang kes.alahan,” katanya.

Menurutnya, kadang-kadang petugas SJR tidak meminta surat kerana tahu dia mahuke Bukit Merah untuk melihat kolam ikan miliknya.

“Biasanya dalam sebulan, saya berulang alik ke sana sebanyak dua kali. Ada kalanya saya beli barang di Kuala Lumpur dan kena hantar ke sana,” katanya.

Kredit : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*