Hiburan

“Kau Tahu Tak Aku Struggle Susah Payah Aku Nak Dapatkan Anak, Kau Simply Cakap Aku Mandul & P******?!’ – Bengang Dihina Dan Difitnah, Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Individu Ini

Kebiadapan seorang individu yang memuat naik komen berbaur penghinaan dan fitnah terhadap seorang selebriti wanita mengundang padah apabila tuan empunya badan tampil membuat laporan polis hari ini.

Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada jam 8.10 malam tadi terhadap pengguna facebook yang menggunakan nama Zain Rashdan yang secara terang dan jelas melemparkan kata-kata tersebut terhadapnya di media sosial.

Berdasarkan perkongsian Elizad melalui akaun Instagram, Zain telah memuat naik komen tersebut di Facebook Roti Kaya dalam posting bertajuk, ‘Usia nak masuk 40 tahun, masih tiada zuriat, doakan saya’.

Zain dengan beraninya menuduh Elizad mandul, tidak solat, tidak menutup aurat serta mengelarnya sebagai ‘p*****k’. Komen Zain itu kemudian disedari oleh ahli keluarga Elizad dan terus memaklumkan kepada pelakon berkenaan sebelum membuat laporan polis.

“Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen ‘bodoh’ macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan mandul, it really hurts me so bad. Kau Allah ke? Tahu ke aku ni mandul ke tak? Boleh beranak ke tak?! Menggigil dan terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercabut, sedih teramat sangat! Kau suka ke kalau tengok aku ni bercerai berai sebab aku belum ada zuriat?!

“I’m crying while I text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah bekerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu diupload ke?!

“Lain orang lain caranya, I don’t need any stupid attention! I’m happy with my life. Dapat anak ke tak, itu kerja Allah. Cuma, no one can say that ‘mandul’ word to me!. Kau tahu tak aku struggle macam nak mati nak mendapatkan zuriat sendiri?! Hari-hari dalam solat menangis-nangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan tanpa zuriat! Menangis kecewa sebab tak ada peneman umur dah macam ni.

“Aku ni bertahun berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini, sakit tahu tak? Sakit! Yang kau, senang-senang p******kan aku dan cakap aku mandul! Apa aku rasa? Family aku rasa? Orang yang tahu dan nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak mendapatkan anak! Kau simply boleh cakap aku mandul dan p******?

“Jarang aku ambil port dan maafkan orang. But not this time. Luluh hati ini, sedih sangat-sangat. Tuhan je tahu. Saya dah buat laporan polis. Zain Rashdan, kau cuit salah orang,” katanya.

Elizad sebelum ini mengalami kegu.gvran sekitar November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober tahun sama.

Untuk rekod, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun.

Sementara itu, ramai yang memberi reaksi berdasarkan hantara tersebut.

 

Media sosial sepatutnya digunakan dengan cara yang baik dan dimanfaatkan, bukannya untuk disalahguna dengan menyakiti hati orang yang kelak akan memberi kesan. Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Sumber: Instagram Elizad Sharifuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *