Kisah Masyarakat

Rihana Petra Akhirnya Dedah Identiti Individu Yang Azankan Putera Ismail Leon

Oksana Andreyevna Voevodina, 28 atau lebih dikenali dengan nama Rihana Petra telah berkahwin dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Jun 2018 dan pada 21 Mei 2019 telah melahirkan putera sulungnya yang diberikan nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra sebelum dikatakan berpisah secara rasmi pada Julai 2019.

Baru sahaja berkongsi sambutan hari lahir Leon yang ke-2 tahun, terbaru Rihana memuat naik satu hantaran foto dirinya dan Dr Khavadi Suleimanova yang merupakan kenalan rapat keluarganya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Rihana berkata Dr Khavadi merupakan individu yang banyak membantunya ketika dia berhenti mengambil pil hormon yang dikaitkan dengan masalah kegagalan hormon yang dialaminya yang turut sama dikaitkan dengan kehilangan berat badannya yang ketara sejak berusia 20 tahun.

“Saya telah mengambil pil-pil hormon tersebut bertahun-tahun sehinggalah saya berkahwin dengan bekas suami saya. Bila kami mula merancang kehamilan sudah tentu saya berhenti mengambil pil-pil hormon itu. Dr Khavadi sangat-sangat membantu ketika itu”, katanya

Menariknya, di penghujung kapsyen yang ditulis, Rihana berkata perkara paling penting berkaitan Dr Khavadi adalah dia merupakan individu yang menyambut kelahiran Leon.

“Paling penting, Hawadi yang menyambut kelahiran Leon. Jadi anda boleh lah katakan yang dia adalah ahli keluarga kami. Hawadi jugalah yang membacakan di telinga Leona azan yang sama seperti yang dilakukan oleh orang Muslim kepada bayi mreka yang baru dilahirkan. Terima kasih Dr Khavadi kesayangan kami kerana sentiasa ada di sisi kami”.

Mungkin penjelasan Rihana ini dapat menjawab persoalan samada Leon dilahirkan sebagai seorang Muslim ataupun tidak dan bagaimana kehidupannya tanpa Muslim yang bukan mualaf seperti

Rihana. Hampir dua tahun netizen kelihatan tertanya-tanya di ruangan komen akaun instagram milik Rihana, diharapkan berpuas hatilah dengan jawapan Rihana itu.

Ada rakyat Malaysia yang tumpang gembira jika benar berita yang anak Rihana itu di lahirkan sebagai seorang muslim

“Azan not azam…sorry I read the translation. It is azan the called prayer weMuslim did to someone new born. Alhamdulillah it prove that Leon is born muslim and hopefully you raise him up as muslim also. Btw thanks a lot Rihanna for taking care Leon for Malaysian”

Rihana Oksana Bandingkan Wajah Anak Dengan Kerabat Sultan Kelantan

Sebelum ini, bekas ratu cantik Rusia iaitu Rihanna Oksana Petra mendedahkan wajah anak lelakinya iaitu Ismail Leon di laman media sosial sehingga mendapat perhatian ramai. Bekas ratu cantik itu telah berkahwin dengan Sultan Muhammad V dan dilaporkan sah bercerai dengan talak tiga apabila peguam sultan mengantar surat tersebut kepada peguam Rihana pada Julai 2019.

Terbaru, Rihana Petra memuatnaik foto anak sulungnya itu di IG Story dengan membandingkan wajah Ismail Leon bersama beberapa wajah kerabat diraja Kelantan.

Mirip ‘grandparents‘

Rihana Petra membuat perbandingan wajah Ismail Leon dengan dua wajah kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan bekas Raja Permaisuri, Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Perbandingan wajah itu juga diletakkannya kapsyen ringkas iaitu ‘grandparents‘.

Mirip ‘atuk dan ayah’

Selain itu, Rihana juga memuatnaik foto membandingkan wajah Ismail Leon dengan wajah Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V. Perbandingan tersebut hanya diletakkan kapsyen ‘Like grandpa’ sahaja.

Sehingga kini, masih belum ada apa-apa kenyataan lanjut dari Rihana Petra mengenai status kekeluargaan yang berkaitan dengan anak lelakinya itu.

Sumber: Rihana Petra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *