Hiburan

“Sorry Ia i terbagitahu yg uoIIs dh kahwin..” – TuIar Video Perkahwinan, KamaI Dan Uqasha Dikatakan Sudah Berkahwin?

Ramai yang sudah tahu mengenai hubungan pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Kamal membuat keputusan untuk melamar Uqasha ketika siaran langsung acara penyampaian anugerah Melet0p yang dianjurkan oleh sebuah stesen tv swasta. Tindakan Kamal yang cukup ‘gentleman’ itu membuatkan Uqasha tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran tersebut malahan membukt1kan mengenai hubungan g0ssip antara kedua-dua teraju utama drama Perempuan Tanpa Dsa ini adalah benar.

Perkahwinan pasangan ini khabarnya bakal mendapat tajaan daripada pihak Habib Jewel. Uqasha yang membuat rakaman video pra perkahwinannya dengan mengenakan beberapa barang kemas Habib Jewel telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan tersebut buat tatapan para peminat dan pengikut akaun media sosial beliau.

Keserasian pasangan tersebut setiap kali menjayakan watak bersama sebagai pasangan suami isteri menyebabkan para peminat juga menyokong hubungan mereka berdua menjadi realiti.

Terkini menerusi laman sosial Tiktok, ada seorang pengguna telah memuatnaik satu video Kamal dan Uqasha berpakaian pengantin serba lengkap dan Uqasha meminta supaya individu tersebut tidak mengheb4hkan acara berkenaan.

Manakala di Instagram jurumakeup Nadia Nordin  pula telah memuatnaik beberapa gambar Uqasha memakai baju pengantin dan sedang di mekapkan oleh beliau sendiri.

Nadia merasa bertuah kerana dapat menyempurnakan mekap nikah buat Uqasha dan mengucapkan rasa terima kasih dan syukur diberikan rezeki untuk meny0lek artis jelita tersebut.

Khabarnya pasangan berkenaan berlakon bersama sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah telemovie terbaru.

Sumber: KL Menjerit

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *