Teruk Kena Hent4m, Prof Muhaya Tampil Buat Penjelasan Isu ‘Buat B0d0h2″

Semalam, tular dalam media sosial apabila Muhaya menyatakan kedudukan lelaki masih sebagai ketua dan imam bagi seorang wanita walau jawatan seseorang wanita itu lebih tinggi.

Katanya, wanita perlu meraikan kepimpinan lelaki dan tidak terlalu sibuk mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan terlalu mahu berdikari kerana boleh mengakibatkan lambat dapat jodoh.

“Orang lelaki suka wanita lemah lembut, yang mengharapkan, suka ditolong. Biarlah macam bodoh-bodoh sikit,” katanya.

PENJELASAN ISU ‘BUAT BODOH-BODOH’

“Assalamualaikum anak-anak bonda dan semua yang memberi maklumbalas berhubung potongan klip ‘buat bodoh-bodoh’ yang tular semalam.
Untuk makluman, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk “ANTARA CINTA DAN CITA-CITA”.

“Siaran live Bonda tersebut adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

“Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.

“Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda.

“Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement Bonda, maka Bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya.
Sebenarnya buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk CINTA & CITA-CITA (swipe up story untuk tonton video penuh)

“Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah.

“Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live CINTA & CITA-CITA (di youtube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul.
Terima kasih, Bonda sayang semua tanpa syarat.

Baru 23 minit di muat naik, penjelasan Prof Muhaya itu telah mendapat sebanyak 3200 perkongsian dari netizan

Berikut  video penuh di saluran youtube Prof Muhaya

Dalam pada itu, pengacara  terkenal Fedtri Yahya juga ada berkongsi maksud sebenar perkataan ‘B0d0h’

1. Bodoh – bangang, bahalol, tongong ( kasar / kemarahan / maki )

2. Bodoh – tak mengerti dan memahami.
“ Bodohnya aku… melepaskanmu”

3. Kita masak bodoh-bodoh je ni. – Simple, biasa-biasa, common, tak ada yang istimewa.

4. Bodoh – menjadi mangsa/ diperbudakkan. ( Eh, kau jangan jadi bodohlah. Dia tu nak perangkap kau je!”

5. Bodoh. Berkaitan loghat. “ kita bodo serta darat” / merendah diri atau kias tidak sehebat orang yang disebutkan itu. “ Yelah, kau sorang jelah yang hebat. Kami bodoh..”

6. Bodoh / bodoh-bodoh – saja buat tak tahu. Saja nak mengelak. Dengan tujuan nak bermanja, meleser dengan orang yang rapat supaya dapat cipta suasana ceria, gelak ketawa, manja-manja.

Bodoh bukan terjemahan ‘stupid’. Luas maknanya….

Selamat berlapang dada dan kembali mengkaji kiasan dalam berbahasa.

Pemimpin PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani tampil mempertahankan kenyataan penceramah motivasi, Dr Muhaya Muhamad berhubung kenyataan perempuan perlu jadi “b0doh-b0doh”.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, dia telah mendapatkan penjelasan Muhaya yang memaklumkan dia tidak pernah meminta golongan wanita di negara ini perlu menjadi b0doh.

Sebaliknya kata Ahmad Dusuki “jadi b0doh-b0doh” yang dimaksudkan penceramah motivasi itu ialah tidak meninggikan diri ataupun berlagak.

“Bila disebut b0doh-bod0h bukan bermaksud membod0hkan diri, ini tidak (b0dohkan diri). Tetapi maksudnya untuk menundukkan diri kita ataupun menjadikan diri kita tawaduk.

“Bila tawaduk menyebabkan diangkat darjat di sisi Allah SWT yang membuatkan orang perempuan mudah mendapat jodoh.

“Jadi kita tak payahlahh besarkan kalimah yang disebut itu,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Muhaya yang dikenali sebagai pakar motivasi terkenal itu menerima pelbagai reaksi – termasuk negatif – selepas berkongsi satu video berjudul Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh.

Melalui video berdurasi 56 saat itu, Muhaya berpendapat, wanita tidak perlu terlalu berusaha untuk menyaingi kaum lelaki.

Dia sebaliknya berkata, lelaki akan menyukai seseorang wanita jika dia memiliki perwatakan lemah lembut serta bergantung harap pada bantuan pasangannya.

“So orang perempuan, walau macam mana you all, please, mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki. Nabi-nabi pun lelaki.

“Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti kamu sibuk nak buat apa yang lelaki nak buat testosteron meningkat dan bagi siapa belum kahwin, lambatlah jodoh,” katanya melalui video tersebut.

Dalam pada itu, Ahmad Dusuki yang juga pendakwah bebas berkata, orang perempuan perlu tawaduk jika tidak mahu lambat jodoh.

“Bila kita ni orang perempuan meninggikan diri ataupun dia berlagak, ia menyebabkan akhirnya ianya terjauh daripada orang yang nak dekat dengannya, itu asalnya,” katanya.

Dalam pada itu, pendakwah bebas terkanal Bro Firdaus Wong tampil mengulas isu yang sama. Beliau menegur sikap orang Islam dalam mengkritik sesuatu perkara dengan beradab

“Boleh tidak bersetuju tetapi di manakah adab & akhlak kita dengan orang lebih tua? Saya ada perkara kurang setuju dengan orang lain begitu juga orang lain ada yang tidak bersetuju dengan kita tetapi adab mesti jaga.”

” Bila saya tengok video itu, saya yang berbangsa Cina ini pun faham maksud ‘buat bodo-bodo’ takkan yang lain tak faham? Bab testosteron, biar pakar menjawab. Isu garpu tala, kami akan ulas nanti.”

” Apa lagi perkataan atau ungkapan yang seringkali orang salah faham selain ‘buat bodo-bodo’?”

Firdaus juga ada berkongsi kisah Mee B0doh yang agak popular di Melaka

Mee Bod0h

” Di Melaka, ada satu gerai yang menjual mee goreng bodoh. WHAT??? Mee goreng bodoh? Takde ke nama lain?”

Ya memang namanya Mee Bodoh yang dijual di gerai Pak Hassan. Cara masaknya simple sahaja, mee, kicap, sambal & taugeh, bereh boh. Harganya pun murah. Nak Topup telur goreng pun boleh”

“Yang masak & jual tak bodoh kerana mee bodoh laku keras. Yang datang makan pula tak terus jadi bodoh kerana ada je peguam, doktor, jurutera, businessman dan pendakwah yang makan”

“Cuma lepas makan nampak macam ‘diperbodohkan’ kerana akan datang makan lagi”

“Anda pernah rasa Mee Bodoh ini atau ada makanan lain yang namanya unik dan sedap?” soal Firdaus Wong

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*