Hiburan

Video – “Saya Minta Maaf Kepada Semua” Selepas Gara Gara Bertudung Singkat Dan Ketat. Bella Tampil Jelaskan Pakaian Tersebut

AKIBAT memakai pakaian yang agak ketat selain bertudung singkat, penyanyi Nabila Razali sekali lagi menjadi bahan kritikan netizen.

Ujar Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, dia akan lebih berhati-hati dengan penampilannya sebagai wanita muslimah pada masa akan datang.

“Perkara itu berpunca daripada kekhilafan diri sendiri dan saya ingin meminta maaf sekiranya secara tidak langsung merosakkan pandangan orang ramai.

“Cuma pada malam itu saya mahu kelihatan presentable, tak sangka apabila bergambar nampak lain pula. Harap mereka semua doakan saya agar kekal iqstiqomah, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu Nabila juga turut memberi kata-kata semangat kepada Tiktokers dikenali sebagai Suekhaizar yang kini menerima kecaman selepas muncul dengan single pertama berjudul Aku Budak Girl.

“Saya pun bukanlah lama sangat dalam bidang nyanyian ni, cuma apa yang boleh saya katakan ialah jangan putus semangat dan teruskan berkarya… lakukan perkara yang kita suka.

“Kita kena sentiasa terus belajar, jangan rasa seronok sangat apabila dah dapat views yang tinggi, perlu ada rasa ingin tahu dalam diri sendiri, ” katanya.

Suekhaizar teruk dikecam netizen kerana dikatakan tidak memiliki vokal yang baik untuk bergelar penyanyi sungguhpun lirik video lagunya itu kini ditonton lebih dua juta tontonan di YouTube.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Bukan mudah bergelar selebriti, setiap tindak tanduk dan cara pemakaian pasti akan menjadi perhatian ramai. Jika ada serba tak kena dimata netizen, pasti akan dikritik.

Baru-baru ini, Nabila Razali ada memuat naik gambarnya memakai busana rona biru. Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan panampilannya yang bertudung singkat.

Peminatnya turut menegur pamakain tudung Nabila yang semakin senteng serta meminta untuk melabuhkannya. Kata peminat lagi, Nabila lebih cantik jika melabuhkan tudung dipakainya.

Apapun mungkin teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang terhadap artis kesayangan mereka.

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, 31)

Ap kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *