
Ibarat kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.
Barangkali peribahasa tersebut sesuai menggambarkan kehidupan sesetengah rakyat Malaysia yang terus terhimpit disebabkan pndemik COVlD-19.
Tambahan bila hidup di bandar yang segala benda memerlukan perbelanjaan yang sangat besar. Justeru bergelar artis bukan lah penghalang untuk berniaga di tepi jalan atau pun kaki lima.
Itu lah yang dilalui oleh bekas peserta Raja Lawak Musim ke-3 iaitu Amir.
Amir atau nama sebenarnya, Mohammad, Amirullah Azmi, 32, kini membocorkan satu lagi sumber rezeki dengan menjual air minuman di tepi jalanan secara kecil-kecilan dengan jenama, Air Jagung Amirreka.
Kesungguhan dan kecekalan Amir yang pernah menyertai program realiti, Raja Lawak musim ketiga mendapat perhatian netizen dalam gelanggang media sosial.
Air jagung Amir paling sedap
Masing-masing memuji kesedapan air jagung yang dijualnya.
” Kalau anda masih ingat Amir Raja Lawak yang kecil-kecil itu, dia setiap hari berniaga air jagung di kawasan rumah saya.
” Dekat tepi jalan sahaja dan sedap gila air jagung dia jual. Pekat dan tak terlalu manis. Yang duduk area Kajang bolehlah sokong perniagaan dia,” ciap seorang pengguna Twitter, AidaSue.
Kalau korang still ingat Amir Rajalawak yang kecik-kecik tu, dia everyday meniaga air jagung kat area rumah i, kat tepi jalan je and SEDAP GILA air jagung dia, pekat & tak manis. ??
Yang duduk Kajang boleh la support dia. #bukanpaidreview pic.twitter.com/w4MGOFrpxr
— Aida Sue ✨? (@AidaSue) June 3, 2021
Berdasarkan tinjauan Kosmo! Online, selain mengerah tenaga dan berpanas bawah terik mentari, Amir yang juga suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari itu ligat memperomosikan jenama minumannya menerusi akaun Instagram, Airjagungamirreka_hq.
Biarpun diduga dengan rezeki dalam bidang lakonan dan komedi yang tidak menentu, anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu tetap berjaya muncul dengan drama terbaharu terbitan Awesome TV berjudul Man Transform
Terdahulu, kisah Amir berniaga air jagung di tepi jalan mula mendapat perhatian ramai sekitar tahun 2018.
Ketika itu Amir berkata, dia tidak pernah berputus asa untuk mencari sumber rezeki walaupun perniagaan roti bakar yang diusahakannya sebelum ini tidak menjadi.
” Pada mulanya saya lakukan perniagaan ini sekadar suka-suka tapi tak sangka pula dapat sambutan.
” Pati air jagung ini saya buat sendiri dan resepinya saya dapat daripada kawan saya.
” Syukur, perniagaan yang dimulakan hampir setahun ini mendapat maklum balas positif daripada pelanggan.
” Ini merupakan salah satu inisiatif lain untuk saya menambah punca pendapatan dan saya tak pernah putus asa.
” Saya jual air ini selalunya di acara-acara festival yang saya sertai dan mereka membuka ruang kepada peniaga untuk berniaga di majlis tersebut.
” Alhamdulillah, lebih kurang 500 paket air jagung dapat dijual dalam masa sehari,” katanya.
Amir ditemui ketika majlis tayangan perdana filem televisyen (FTV) Suatukala bertempat di TGV Sunway Velocity.
Dalam pada itu, Amir berharap dapat mengembangkan perniagaannya di seluruh negeri.
” Setakat ini, air jagung Amirreka sudah mempunyai beberapa cawangan antaranya di Sabah, Kuantan dan Selangor. InshaAllah, tahun ini saya merancang untuk menjual air jagung ini di bazar Ramadan. Nak tambah rezeki, apa salahnya.
” Bila dah berkeluarga kenalah cari rezeki lebih. Tak salah pun, untuk kami juga,” ujarnya.
Sumber: thebolalive
Leave a Reply