‘Kaki PaIsu Tercbut Masa Hidupkn Motor’ – Pakcik OKU Tak Ckup Duit Beli Kipas, Tndakan Gadis Ini Dpt Pujian

” Saya dah nak tutup kedai, tiba-tiba pakcik ni datang nak beli kipas.”

Demikian perkongsian seorang pemilik kedai di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang menceritakan kisah lelaki tua datang ke kedainya untuk membeli kipas angin.

Menurut pemilik kedai yang bernama Effa Asyifa, pakcik tersebut merupakan seorang 0KU dan apa yang meraih perhatian ramai adalah pakcik itu pernah viral sebelum ini di media sosial.

” Saya dah nak tutup kedai, tiba-tiba pakcik ni datang nak beli kipas. Dari jauh kelihatan seperti pernah lihat susuk tubuh lelaki ini.

” Ya Allah, pakcik yang pernah viral jual cili sebelum ni di area Kepala Batas!

” Saya pernah nampak pakcik ni Orang Kelainan Upaya (0KU), viral di (Facebook) Penangkini dan Komuniti Kepala Batas, cuma dah tak jumpa posting tu.

” Tak pernah selisih langsung sebelum ni, dalam hati memang ada niat nak beli cili pakcik ni.

” Alhamdulillah hari ini Allah datangkan pakcik ni sendiri. Saya kena kuat untuk tak menangis depan pakcik ni. Saya pura-pura tak sedih depan pakcik,” kongsi Effa.

Tambahnya, lelaki tua tersebut meluahkan hasrat untuk membeli sebuah kipas yang ‘lebih laju’ memandangkan bahang cuaca yang agak panas pada ketika ini.

Namun lelaki tersebut berterus terang dan memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli kipas yang diidamkan.

Tndakan Effa Asyifa mendapat pujian daripada netizen di atas tindakannya memberikan kipas percuma kepada lelaki 0KU berkenaan.

Ujar Effa Asyifa, dia dengan senang hati mengambil keputusan untuk memberikan kipas tersebut secara percuma kepada lelaki 0KU berkenaan dengan niat mahu bersedekah.

” Allah nak suruh saya kumpul pahala ni pakcik. Saya nak pahala tu pakcik, saya ikhlas bagi dekat pakcik. Dah lama saya cari pakcik tapi hari ni pakcik mai sendiri kedai saya.

” Saya yakin tak akan menitiskan air mata depan pakcik tapi saya kecundang. Kaki palsu pakcik tercabut masa nak hidupkan enjin motor tu.

” Allah Allah Allah. Menitis air mata saya. Saya tolong masukkan semula kaki pakcik,” ujarnya.

Menurut wanita ini lagi, dia terlalu bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki tua berkenaan yang membuatkan dirinya lebih insaf dan bermuhasabah.

” Saya banyak merungut akan kekurangan sedangkan saya sempurna fizikal. Walaupun diri serba kekurangan tapi pakcik insan yang hebat di mata saya.

” Anak, pakcik tak tau nak bagi apa dekat anak ni. Pakcik doakan perniagaan anak maju, rezeki melimpah ruah… anak-anak sihat?”

” Err saya tak kahwin lagi pakcik.

” Ya Allah pertemukan anak ni dengan bakal suami yang baik Ya Allah. Sampai sekarang air mata saya tak henti-henti berjurai,” ceritanya.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 300 shares di Facebook.

Effa Asyifa mendapat pujian daripada netizen di atas tindakannya memberikan kipas percuma kepada lelaki 0KU berkenaan.

Sementara itu rata-rata netizen turut memuji tindakan mulia wanita berkenaan yang langsung tidak berkira terutama dengan golongan kurang berkemampuan.

Alhamdulillah, inilah yang agama mahu. Terbaik dik… kita yang sempurna sepatutnya membantu yang kurang sempurna (0KU).

” Selalu jumpa pakcik ni dekat petronas Bertam Perdana. Pakcik ni suka berniaga pokok depan jalan nak keluar Petronas tu. Alhamdulillah kalau terjumpa selalu sedekah tapi dia suruh ambil pokok dia jual tu.

” Semoga yang memberi dan yang menerima sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan juga akhirat. Suka dengan semangat gigih pakcik.

” Berusaha dengan kudrat sendiri dari suka meminta-minta walaupun ada kekurangan,” demikian antara komen ntizen.

Sumber:mstar / asiakini

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*