Tempatan

Ramai Pelik Tgk Tol Gombak ses4k, Ini Kenyataan Pihak P0lis

Gombak: Hampir semua pengguna lebuh raya yang melalui Plaza Tol Gombak didapati cukup syarat untuk melakukan perjalanan rentas negeri menghala ke Pantai Timur.

Tinjauan bersama Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, selama lebih empat jam sejak jam 9 pagi mendapati keseluruhan pengguna mempunyai surat kebenaran yang sah sebelum dibenarkan melepasi sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gombak.

Arifai berkata, sebahagian besar yang melalui SJR berkenaan menunjukkan surat kebenaran atas urusan kerja yang disahkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selain surat kebenaran dari pihak polis.

“Setiap proses pemeriksaan yang dibuat secara teliti mendapati sebahagian besar pengguna mempunyai surat kebenaran rentas negeri.

“Selain urusan bekerja dan terbabit dalam perkhidmatan penting, ada antara pengguna juga mempunyai kebenaran atas faktor kecemasan dan perubatan serta Pasangan Jarak Jauh (PJJ),” katanya selepas memeriksa sendiri sebahagian besar pengguna jalan raya di Plaza Tol Gombak, tengah hari tadi.

Bagaimanapun katanya, terdapat 14 pemilik kenderaan diarahkan berpatah balik selepas mereka memberikan alasan tidak munasabah dan mengemukakan dokumen tidak lengkap serta meragukan.

“Mereka yang diarah berpatah balik ini membawa rakan sedangkan surat kebenaran adalah untuk faktor PJJ, bagi membolehkan dia bertemu isterinya di Pahang, selain membawa individu lain yang tidak mempunyai kebenaran untuk melakukan perjalanan rentas daerah atau negeri,” katanya.

Anggota polis memeriksa kenderaan di SJR berhampiran Tol Gombak menghala Pantai Timur. FOTO HAZREEN MOHAMAD.
Mengulas mengenai kesesakan yang panjang lebih satu kilometer ke laluan berkenaan, Arifai berkata berkemungkinan ia disebabkan kenderaan terlalu banyak yang ingin menuju ke Pantai Timur dan memilih untuk melakukan pergerakan pada masa sama antara jam 9 pagi hingga 10 pagi.

Justeru beliau menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyatakan bahawa adanya pergerakan luar biasa hari ini sebelum sekatan pergerakan penuh dikuatkuasakan Selasa ini.

“Malah kesesakan juga mengambil masa selepas pihak polis membuat pemeriksaan secara terperinci bagi mengelak masyarakat melakukan sebarang pergerakan rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran,” katanya.

Katanya, Polis Daerah Gombak akan mempertingkatkan jumlah SJR dan penguatkuasaan Pasukan Pematuhan menjelang Selasa ini.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memuat naik gambar kesesakan lalu-lintas di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besi, yang menunjukkan pergerakan besar-besaran menuju ke Pantai Timur dan selatan, pagi tadi.

Katanya, pergerakan secara besar-besaran boleh membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dan ia tidak akan membantu dalam usaha untuk membendung penul4ran j4ngkitan vi.rus C0vid-19.

Noor Hisham kesal masih ramai keluar rumah walau ada sekatan jalan

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah sekali lagi merayu orang ramai melakukan kawalan kendiri dengan duduk di rumah bagi membendung penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Dalam satu hantaran di Facebook, Noor Hisham menyatakan rasa kesal apabila masih ramai individu keluar rumah pada hujung minggu, meskipun larangan merentas daerah dan negeri sedang dilaksanakan.

“Ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini?

“Pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikeluarkan.

“Membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu dalam usaha kita untuk membendung penularan jangkitan virus Covid-19,” katanya.

Dia turut memuat naik gambar kenderaan yang sedang beratur panjang untuk melepasi sekatan jalan raya di lebuh raya KL-Karak berdekatan Plaza Tol Gombak dan berdekatan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selain memberitahu berulang kali kepada orang ramai untuk duduk di rumah dan hanya keluar jika mempunyai urusan penting, Noor Hisham turut mengingatkan mereka berkemungkinan tidak akan menerima rawatan kesihatan yang sebaiknya apabila sistem kesihatan negara lumpuh.

“Sekiranya kami rebah, anda dan ahli keluarga anda mungkin tidak akan menerima rawatan kesihatan yang sebaiknya.

“Jika lebih malang, tiada lagi katil untuk anda di hospital. Apatah lagi jika anda tenat dan kritikal tetapi katil ICU sudah penuh semuanya.

“Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 9,020 kes baru Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu kini sebanyak 558,534 kes.

Ia merupakan kes jangkitan harian tertinggi di Malaysia setakat ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan “total lockdown” secara berperingkat berkuatkuasa 1 Jun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *