Hiburan

“Harapan Besar Saya Pada Dia Untuk Teruskan Legasi Empayar Niaga DSV Namun Saya Gagal” – Dato Seri Vida

” Saya rasa sdih, rasa kcewa, seribu rasa berbaur. Cik B dan masuk umur 16 tahun.”

Demikian luahan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV) yang meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Cik B menginjak ke usia 16 tahun pada Rabu.

Menerusi laman sosial Instagram, DSV berkongsi sebuah video serta satu catatan sedih buat Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin untuk tatapan umum.

Malah bukan itu sahaja, DSV berasa kcewa apabila merasakan dia telah gagal dalam membimbing anaknya itu untuk menjadi seorang gadis lain yang seusia dengannya.

” Harapan besar saya pada dia untuk teruskan legasi empayar niaga DSV namun saya rasa gagal besarkan Cik B dengan gaya hidup yang betul. Kena pandai, rajin, bergaya seperti remaja lain,” luah DSV di ruangan kapsyen.

Malah, DSV juga sedih apabila anaknya itu tidak menunjukkan minat untuk meneruskan legasi perniagaannya kelak.

” Tapi tak nampak ke arah itu. Dia ada bakat besar, bijak. Saya rasa tak tergalas sorang nak bentuk dia jadi gadis sejati. Kaya dunia akhirat.

” Dia perlu cepat matang. Cepat sambung empayar niaga saya. Siapa lagi saya nak harapkan. Tapi Cik B macam tak ada minat berniaga,” luah DSV lagi.

Bagaimanapun jika diimbas satu artikel tahun lalu, Cik B pernah menanam azam untuk menyambung legasi perniagaan ibunya.

Bercerita tentang Dato’ Seri Vida, jelas terpancar kasih sayang sebagai seorang anak yang mahu melindunginya ibunya.

” Mama memang seorang wanita yang kuat kerja. Mama selalu balik rumah pukul 2.00 pagi atau 3.00 pagi dan kemudian esoknya kena keluar balik. Begitulah selalunya.

” Mama terpaksa ulang-alik ke Kuala Lumpur lagi. Mama memang letih, tak cukup tidur, tak cukup rehat dan makan pun selalu lewat tak teratur.

” Bila melihat mama sedang tidur saya berazam nak balas jasa mama. Insyaallah saya yang akan sambung empayar mama nanti

” Saya akan menjadi seorang business woman yang berjaya. Saya boleh jadi lebih hebat daripada mama.

” Apa yang saya belajar sekarang kalau nak jual barang kena banyak sabar. Kita jual kena ikut kehendak atau permintaan orang bukan untuk syok sendiri,” kata Cik B penuh semangat.

Reaksi warganet

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan kata-kata semangat buat DSV dan Cik B untuk terus positif.

” Janganla macam ni datuk. Tunjukkan kegembiraan, jangan tunjuk kesedihan pada anak. Cik B ambil masa untuk dia sendiri ubah,” komen seorang wargamaya.

” Tak baik cakap macam tu datuk. Setiap anak ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Biarlah apa orang nak kata, tak perlu bandingkan anak dengan orang lain. Anak kita itulah ujian kita,” pesan seorang wargamaya.

” Setiap anak itu istimewa datuk, jangan pernah rasa give up. Cik B berbakat besar, jangan sia-siakan apa yang dia ada,” kata seorang wargamaya.

” Datuk jangan sedih, doa seorang ibu itu mustajab,” tulis seorang wargamaya.

” Selamat hari lahir Cik B, anak mama yang hebat. Aunty suka tengok Cik B. Tersendiri. Biarpun Cik B gelap, besar saiznya, hati budinya nampak sangat baik, anak yang baik. DSV jangan sedih macam ni. Nanti kecik hati Cik B, should proud of her,” luah seorang ntizen.

Sehingga kini, vdeo tersebut telah meraih hampir 2OO,OOO tontonan daripada pengikutnya.

Sumber:gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *