Tempatan

“Polis kata boleh ziarah raya di KL pada 1 Syawal” – Isu Neelofa & Keluarga Raya Bersama, Netizen Bengang Polis ‘Tukar’ SOP?

Satu Malaysia ternanti-nanti dan ingin tahu apakah perkembangan tentang kes selebriti terkenal Neelofa dan keluarga beraya bersama. Siasatan mula dijalankan pihak polis selepas sebuah video telah dimuat naik di Twitter nak menjadi viral.

Difahamkan video itu pada mulanya dimuat naik oleh kakak Neelofa, Nabila namun kemudian dipadam tetapi netizen sempat screenshot dan upload semula di Twitter. Semalam, Neelofa dan 9 lagi ahli keluarganya dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di mana keterangan mereka telah diambil.

Ziarah raya di KL pada 1 Syawal dibenarkan – Polis Brickfields

Bagaimanapun, sebentar tadi Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung siasatan kes perlanggaran SOP melibatkan selebriti itu dan keluarganya.

Hal itu mendapat kenyataan netizen serta merta kerana terkejut dengan kenyataan tersebut di mana polis berkata pergerakan dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibenarkan memandangkan ia dikira sebagai satu kawasan jangkitan.

Berikut adalah kenyataan media  tersebut:

Komen warga net.

Tukar SOP? Kes dah selesai?

Melalui thread di Twitter itu, hal itu telah menaikkan kemarahan ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka tentang perubahan SOP tersebut. Malah kebanyakannya memuat naik screenshot dan mempertikaikan tentang SOP seperti yang diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri sebelum Hari Raya tempoh hari.

Mahu mendapatkan kepastian daripada pihak polis berkenaan kenyataan tersebut, bekas peguam dikenali sebagai Sir Kamarul di Twitter, telah menghubungi balai polis Brickfields. Mengejutkan, kata Sir Kamarul seorang polis berpangkat koperal menjawab panggilan dan persoalannya dengan jawapan yang sama.

Baru je call polis Brickfields tadi,sebab nak dapatkan kepastian. Anggota polis berpangkat koperal angkat call.”

Polis bagitau boleh ziarah raya di Kuala Lumpur hanya pada 1 Syawal. Sedangkan SOP kata lain.”

Sir Kamarul juga turut dimaklumkan bahawa kes tersebut sudah selesai dan jika mahu tahu lebih lanjut, dia boleh datang sendiri ke balai polis.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada maklum balas dan kenyataan dari pihak polis Brickfields berkenaan persoalan netizen tentang perubahan SOP seperti dinyatakan dalam kenyataan media terbabit.

Apa-apa pun, kita tunggu polis beri respon tentang isu ini. 

Sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *