Restoran ini hampir dik0mpaun kerana membiarkan staff nya makan di premis berkenaan sebelum start kerja.

Restoran MyBurgerLab memberi peringatan kepada perniagaan lain berhubung kakitangan yang makan di premis, selepas hampir didenda pihak berkuasa hari ini.

Menurut rangkaian restoran itu, pihak berkuasa ingin mengenakan denda RM25,000 hari ini selepas seorang pekerjanya didapati sedang makan di cawangan di Petaling Jaya, Selangor, sebaik sebelum memulakan syif.

Ketika itu, pekerja tersebut masih belum mengenakan seragam kerja.

Di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), pelanggan tidak dibenarkan makan di premis restoran. Bagaimanapun, ia tidak menyebut apa-apa berkenaan pekerja di restoran berkaitan.

“Adakah pekerja perlu sembunyi di sudut untuk makan? Adakah semua pekerja kena pakai seragam untuk dikira sebagai pekerja? Apa peraturan tentang hal ini?

“PKP dan SOP separuh masak dikeluarkan sewenang-wenangnya, kami tiada pilihan selain akur.

“Seolah-olah pihak berkuasa menyasarkan setiap di kalangan kami. Adakah anda nak perniagaan tutup?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

“Kami bangkitkan perkara ini kerana anda perlu tahu. Semua pemilik perniagaan dan pemegang taruh perlu tahu. Kalau-kalau anda pun kena (perkara sama),” katanya lagi.

Restoran itu berkata lagi, pihaknya ada bertanya kepada pegawai penguatkuasa yang ingin mengeluarkan denda itu berkenaan apa yang perlu dilakukan kerja, tetapi menerima jawapan yang tidak memuaskan.

“Ketika kami tanya ‘di mana pekerja boleh makan? Jawapannya: Be smart. Sembunyi’,” katanya.

Bagaimanapun, MyBurgerLab berkata pegawai penguatkuasa akhirnya hanya memberikan amaran setelah cawangan tersebut membuat rayuan.

“Kami hanya diberikan amaran setelah menunjukkan surat pelantikan pekerja terbabit dan bukti jadual syif malamnya pada hari ini,” kata restoran itu lagi.

Bersatu sokong media bebas.

sumber : Malaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*