Hiburan

Video: Anjou Berlinang Air Mata, Tayang Sesuatu yg Mengejutkan Untuk bekas suami, Smp Macam ni ‘Pengorbanan’ Anjou

Umum dah tahu bahawa pelakon Zarina Anjoulie kini dah berpisah buat kali kedua dengan suaminya iaitu Eilyas Azhar.

Zarina Anjoulie memaklumkan dia telah sah bercerai dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar pada 3 Mei lalu.

Susulan itu, bekas suami kepada pelakon wanita ini turut mengugut untuk membakar beg pemberian Anju kepadanya.

Bukan itu saja, difahamkan Eilyas juga telah mengambil ‘paid review’ setelah mempunyai pengikut di Instagram yang banyak susulan kontroversi bersama Anju.

Setelah agak lama mendiamkan diri, akhirnya Anju buka mulut memberi respon.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik melalui Instagram Anju, terlebih dahulu dia berterima kasih kepada pengikutnya yang tidak henti mendoakan dan memberi sokongan kepada pelakon wanita itu.

Dia akhirnya memberi respon punca keputusannya untuk bercerai dengan bekas suami.

Berhenti bertanya kepada saya, “kenapa Anju cerai?”.

Saya fikir ianya sudah jelas kenapa Anju cerai. Saya cuba untuk rujuk semula, baiki segalanya tapi kadang-kadang perkara itu sudah tidak boleh.

Lelaki yang waras mana, yang datang dari keluarga bertabligh, yang rasa bangga ceraikan isteri di Insta Stories?

Dan megah kata nak bakar barang yang ex-wife dia bagi.

Tapi hanya bakar satu itu je. Benda lain seperti telefon, duit, IG followers yang kau dapat dari aku sampai 60 ribu kau tak nak pula bakar?

Difahamkan, bekas lelakinya itu sering mengugut untuk menjatuhkan cerai berkali-kali sebelum ini.

Sehingga dia sudah tidak tahan lagi dan terpaksa reda dengan keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

To me, dia sangat hiprokrit. Yang duit aku kasi kau tak nak pula bakar.

Aku yang lalui benda ni dan tak perlu untuk aku explain kenapa aku cerai. Sudah jelas. Kalau lelaki asyik nak ugut cerai, aku lihat je.

Aku ada maruah. Aku tak terdesak lelaki. Baik aku fokus kat anak dan family aku.

Kalau boleh aku nak talak tiga. Aku nak move-on dari kehidupan sebelum ini.

Tayang Baju Raya

Yang terbaru, Zarina Anjoulie telah muatnaik satu video menunjukkan dia telahpun beli baju raya untuk bekas suaminya itu.

Dari video berkenaan, Zarina Anjoulie dilihat beberapa kali mengesat airmatanya ketika bercerita tentang kisah baju raya itu.

“Aku tak beli baju raya aku, ni aku beli kan baju raya kau, RM800 baju raya kau dengan baju anak. Aku beli kat Omar Ali.”

“Last-last aku dapat apa, dapat tahi. Aku sendiri tak beli lagi baju raya aku, sebab apa, sebab tak cukup duit untuk beli untuk aku.”

“Tapi tak apa, pengorbanan bini, sanggup beli untuk laki dan untuk anak.

Walau diri sendiri tak ada, tak apa, inilah perngorbanan bini. Kau tahu apa.”

Zarina kemudian mengalirkan air mata dan berhenti seketika sebelum mengelap air matanya.

“Bila kau ada duit, kau takde fikir pun nak beli baju raya aku, buat kereta sampai RM3000.

Tak apa. Tapi bila kau tak ada duit, sebelum kau ceraikan aku, aku bagi kau RM500, sebab kau tak ada duit.”

Zarina menambah dia menangis bukannya sebab masih sayang dengan bekas suaminya itu.

“Aku nangis bukan sebab aku sayang, nak dia balik, tak.

Aku ni jenis manusia selalu letakkan kesenangan orang lain dulu. Tapi aku selalu kena campak tahi balik.”

“Siapa saiz XL, nak baju ni, siapa nak datanglah amik, PM aku boleh datang amik.”

Dari video itu juga, Zarina Anjoulie yang mengatakan Yas selalu minta mahu bercerai dengannya.

“Lepas aku dah buat macam-macam untuk kau, boleh pula kau megah tulis kat IG.

Kau dah sepuluh kali minta cerai, selalu ugut-ugut, okey aku selalu pujuk. Bila kau cakap aku nak cerai la macam ni semak. Aku kasi”

“Sepanjang setahun aku kahwin dengan kau, aku tanggung kau, spender kau pun aku belikan.

Tak pernah pun aku cakap kau semak, mak bapak kau pun aku beri duit.”

Itulah luahan dari Zarina Anjoulie kepada bekas suaminya Eilyas Azhar.

Rakaman VIDEO Ada di Bawah Sekali:-

Tonton Video.

Sumber: hdn kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *