Tahniah! Rafidah Ibrahim sempat bergelar isteri sebelum PKP, kongsi wajah suami memang kacak

Pelakon Rafidah Irahim memaklumkan sudah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Shahzemir Shahzulkarib sebelum perlaksanaan PKP 3.0 di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Memetik penulisan Gempak, majlis ringkas berkenaan dilangsungkan pada 5 Mei dan hanya dihadiri adik-beradik serta keluarga sahaja.

Tamatkan zaman bujang sebelum PKP 3.0

Assalamualaikum & selamat pagi ?.

Alhamdulillah. Tanggal 5hb Mei, saya telah bergelar isteri kepada Shahzemir bin Shahzulkarib. Syukur ke hadrat ilahi, dalam kekalutan membuat persediaan yg sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan. Hanya dihadiri adik beradik & keluarga terdekat sahaja. (*Maaf saudara mara, sahabat & semua, majlis dibuat sangat ringkas & mengikut S.O.P serta jumlah jemputan yg sgt terhad??) .

Semoga dengan kehadiran para tetamu dan doa daripada kalian mengundang rahmat & berkat pada hari mulia, bulan mulia serta ikatan mulia ini buat kita semua. Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam perlangsungan majlis #akadnikah kami. Kami mohon maaf pada setiap kekurangan & kelemahan sepanjang majlis berlangsung. #shahfida #fidashah #ramadhan ??☺️

“Syukur ke hadrat ilagi, dalam kekalutan membuat persediaan yang sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi gambar yang dimuat naik, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat mengenakan busana nikah berwarna kuning lembut dan turut berkongsi foto suaminya.

Selain itu, Rafidah meminta orang ramai mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.

Terdahulu, Rafidah pernah memaklumkan akan menamatkan zaman bujang bersama seorang ahli perniagaan sebelum kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Difahamkan lagi, mereka merupakan kenalan lama dan sudah kenal antara satu sama lain sejak 10 tahun lalu.

Rafidah Ibrahim nikah dengan bekas pengurus

Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau Fida, 35, melangsungkan pernikahan dengan bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib, 37, jam 3.30 petang, semalam.

Pasangan yang sudah berkenalan lebih 10 tahun itu bernikah di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Fida berkata, dia bersyukur kerana hasratnya mahu bergelar isteri dan bernikah dengan lelaki pilihan akhirnya menjadi kenyataan.

Dia juga bersyukur kerana semua urusan berjalan lancar.

“Saya dan suami meminta maaf kerana tidak dapat menjemput semua ahli keluarga kami serta sahabat-sahabat berikutan situasi pandemik Covid-19 sekarang. Semuanya kena mengikut SOP dan tetamu pun terhad.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur majlis akad nikah dapat dilaksanakan sebaiknya. Saya juga mohon doakan kebahagiaan kami yang mengikat ikatan perkahwinan pada bulan Ramadan ini. Semoga dengan doa-doa baik diberikan akan mendapat rahmat dan berkat Allah SWT,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fida, apa yang lebih bermakna buatnya lagi ialah dapat memakai baju kebaya yang dijahit sendiri oleh Allahyarham ibunya.

“Walaupun arwah mak sudah meninggal dunia empat tahun lalu, tapi bagi saya dia tetap ada di majlis pernikahan ini.

“Saya tidak sangka akhirnya dapat juga tunaikan impian mak yang nak saya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Selama hampir 20 tahun baju kebaya ini disimpan dengan rapi.

“Sebenarnya sudah lama juga saya nak berkahwin. Namun, ketentuan jodoh setiap orang itu ada yang cepat dan lambat. Bagaimanapun, alhamdulillah dapat juga saya pakai baju kebaya yang memang dijahit oleh arwah mak untuk majlis nikah saya,” katanya.

Fida yang sebelum ini tidak berkongsi siapa calon suaminya berkata, dia berbuat demikian kerana menghormati permintaan keluarga.

Lagipun, tidak bagus terlalu dihebahkan begitu awal.

Enggan berkongsi jumlah wang hantaran diterima, Fida berkata, cukuplah kini masyarakat tahu dia sudah bernikah dan kini berstatus isteri orang.

Katanya, paling utama hubungan itu direstui Allahyarham ibunya sebelum meninggal dunia pada 4 Mei 2017.

Fida yang pernah dikenali dengan drama Cinta Tikar Sejadah dan filem Adik Manja Returns, adalah pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd. Dia juga popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012.

Sumber: Instagram Rafidah, Gempak (Amri Hassan)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*