Polis Siasat Yusuf Azmi Berhubung Kes Pukul Warga Asing. Ini Hukuman Yang Bakal Dikenakan Jika Di Sabit Bersalah

Kajang: Polis giat mengesan sekumpulan individu yang memukul seorang lelaki warga asing selepas satu rakaman video berkaitan kejadian itu tular di media sosial, malam tadi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan kaki lima sebuah premis kedai di No 28, Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan dimulakan sebaik rakaman video yang tular itu sampai ke pengetahuan pasukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

“Siasatan awal dijalankan selepas dipercayai tempat kejadian itu berlaku di bawah kawasan pentadbiran IPD Kajang.

“Hasil siasatan awal, seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul sekumpulan lelaki Melayu dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, perlakuan suspek adalah satu tindakan yang mengganggu gugat serta mendatangkan kekacauan kepada ketenteraman awam berikutan kejadian itu berlaku di kawasan awam yang terbuka.

“Hasil penelitian ke atas video ini juga mendapati, kumpulan suspek itu juga melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

“Sehubungan itu, pihak IPD Kajang membuat laporan polis berhubung kejadian ini bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh) dan jikadisabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana Balai Polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-665 5811.

Terdahulu tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan lima hingga enam lelaki mengepung dan menyoal seorang lelaki dipercayai warga asing di hadapan sebuah premis kedai.

Menerusi video berdurasi seminit 54 saat itu, seorang suspek memukul lelaki warga asing berkenaan diikuti beberapa rakan suspek melakukan tindakan sama.

Beberapa hantaran di Facebook (FB) mendakwa kejadian itu didalangi kumpulan suspek terdiri daripada pengerusi dan pengikut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang marah kepada suspek kerana didakwa menjual baju cetak rompak NGO terbabit.

Cerita Sebenar Yusuf Azmi Tmpar Muka BngIa. Abg Ali Pula HiIang Sabar Sampai 3 Orang Terpaksa Pegang

Aktivis masyarakat, Yusuf Azmi sememangnya tidak asing lagi kerana terkenal dengan sikap beraninya berhadapan dengan peminta hutng dalam usaha membantu mereka yang terjerat dengan hutang ah long ataupun ceti h4ram.

Terbaru Yusuf Azmi bersama rakan-rakan telah turun ke kedai baju kerana terdapat seorang lelaki b4ngIa yang dipercaya cuba menipu orang ramai dengan menjual baju cetak rompak Semboyan yang berkualiti rendah.

B3rang dengan perlakuan tersebut, rakaman menunjukkan Yusuf Azmi bertindak mnmpar pipi lelaki terbabit.

Lebih mengeruhkan suasana, rakan yang juga orang kanan Yusuf Azmi dikenali sebagai Abang AIi mula hil4ng sabar dan cuba untuk menvmbuk lelaki tersebut beberapa kali.

Beberapa rakan mereka kemudian bertindak memegang Abang AIi bagi menghalang dari terjadi perkara yang seriuus dan tidak diingini berlaku terhadap lelaki terbabit.

Dapat dilihat Abang AIi betul-betul mar4h sehingga mendengus seperti ‘singa’ ketika dipegang rakan-rakan.

Sementara itu, menerusi satu hantaran di Instagram, Yusuf Azmi telah tampil memberi penjelasan mengenai punca sebenar kjadian.

” Sejak kelmarin pihak Semboyan Malaysia telah menerima berita bahawa baju Tshirt Semboyan Jihad yang dikeluarkan oleh Semboyan Malaysia sendiri telah di CETAK ROMPAK.

” Perkara ini disedari oleh pihak Semboyan Malaysia selepas ramai yang mengadu apabila mereka mendapat baju yang mereka telah beli tidak mencapai kualiti yang memuaskan.

” Sudahlah dicetak rompak, harga yang ditawarkan sangat tidak munasabah iaitu pada harga RM5 dan RM10 sahaja. Lebih memedihkan lagi, apabila penjual tersebut ‘memancing’ untuk menyuruh membeli dengan kuantiti yang banyak.

” Kami pihak Semboyan Malaysia dapat berjumpa dengan penjual ini selepas menyamar untuk menjadi pelanggan dan ingin membeli sebanyak 600 helai.

” Apa yang membuatkan Yusuf Azmi dan Abang AIi betul betul marah adalah kerana diawal pertemuan itu suspek sudah menipu dengan mengatakan dia bukan penjual.

” Apabila di telefon nombor penjual baju itu, telefon suspek yang berbunyi.

” Selepas ditekan berkali-kali untuk cerita hal sebenar, kesabaran Yusuf Azmi dan lain-lain tercabar selepas dia sendiri mengaku bahawa dia menjual barangan ‘reject’ produk Semboyan Malaysia.

” Mungkin perkara ini dilihat kasar disudut mata orang lain, namun Yusuf Azmi sendiri bertindak sedemikian kerana beliau tidak mahu orang ketiga yang merosakkan nama beliau dan Semboyan sendiri.

” Anda cuba bayangkan kami hanya menempah sebanyak 600 helai pada harga RM10 ringgit. Dia boleh untung secara ‘ATAS ANGIN SEBANYAK RM6000 dengan hanya menjual T-shirt Semboyan Jihad yang telah di reject’.

” Sudahlah makan untung atas angin, dia turut menggunakan satu kedai pencetakan baju yang dimiliki oleh bangsa Melayu sendiri sebagi umpan dan menyakinkan mangsa untuk ditipu.

” Yusuf Azmi serta pemilik kedai berkenaan mengamvk kerana tidak mahu imej branding Semboyan Malaysia dan bisness kedai print milik En Sabri Leman tercalar angkara perbuatan yang boleh dikatakan satu penipuan ini.

” Kami juga disini memohon maaf andai mengguris perasaan anda dibulan yang mulia ini.

” Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dari saya. Semoga perkara ini boleh dijadikan satu tauladan buat semua. InsyaAllah” tulis Yusuf Azmi.

Sementara itu menerusi ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat ditinggalkan orang ramai.

Rata-rata berasa puas hati melihat tndakan diambil Yusuf Azmi dan Abang AIi, namun terdapat juga yang berpendapat tndakan keker4san sebegitu tidak seharusnya berlaku.

Diharap Yusuf Azmi dan rakan-rakan terus memperjuangkan nasib orang ramai yang dit1ndas, namun dalam masa sama berharap segala tndakan diambil mengikut lunas undang2..

https://youtu.be/H71EjnQ6Q_Q

Sumber: hmetro/asiakini/yusufazmi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*