Zarina Zainuddin Sanggup Bayar Gaji Bakal Menantu Kalau Ada Yang Betul-Betul Ikhlas

Kuala Lumpur: Pelakon Zarina Zainuddin sedia membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin dan menjaga, mengurus serta membahagiakan anak kembarnya yang juga penghidap autisme, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal.

Zarina, 51, berkata, ia selepas Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin.
Kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau Azil juga menghidap autisme.

“Kalau ada orang boleh jaga dan bahagiakan dia, saya sanggup menggajikannya setiap bulan. Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas. Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?

“Dia memang nak kahwin dan pernah cakap mengenainya. Sebelum ini ada wanita Indonesia dan cantik orangnya. Namun, sebab dia pakai tudung, Azal tak nak. Dia kata perempuan kalau sudah tua baru pakai tudung.

“Namun, saya jelaskan kepadanya kenapa wanita Islam dewasa kena pakai tudung. Tapi, dia cakap nanti sudah tua barulah pakai dan dia bandingkan pula dengan saya. Saya terdiam dan tak boleh nak cakap apa. Kadang-kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zarina, Azal menghidap autisme tahap sederhana berbanding Azil yang perlu mengambil ubat.

“Azal dalam kategori autisme tahap sederhana. Jadi, dia boleh buat sama saja seperti orang lain. Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia. Kadang-kadang kalau anak kita dengan kita, kita nak orang itu fokus pada anak kita.

“Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita. Bagi saya itu tak salah kalau bagi dia gaji sekali pun sebab dia pun nak ada kehidupan dan nak beli apa dia mahukan. Azal juga sudah ada gaji dan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Saya nak dia ada persediaan untuk masa depan dia,” katanya.

“Azal Pun Tahu Pasal SOP” – Anak Zarina Zainuddin Dedah Artis Yang Langgar SOP Semasa Majlis Perkahwinan Neelofa

Beberapa minggu lepas memang kecoh di media sosial dengan isu perkahwinan pelakon dan pengacara, Noor Neelofa dan Haris Ismail yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP). Bagaimanapun, pendedahan oleh anak pelakon Zarina Zainuddin ini mencuri perhatian netizen.

Menerusi hantaran di Instagram milik Azal, atau nama sebenarnya Muhammad Razal Azrai, 25 tahun, dia membuat pendedahan berani dengan menulis keterangan serta menanda (tag) nama selebriti-selebriti yang dikatakan telah melanggar SOP. Dalam keterangan itu disertakan gambar-gambar artis tersebut sebagai bukti.

“Ini adalah artis Malaysia yang menjadi suspek dan hadir ke majlis perkahwinan Neelofa antaranya Izara Aishah, Adib Khalid, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Hannah Delisha bersama suami yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial dan fizikal serta melanggar SOP!” tulisnya.
Hantaran Azal yang juga merupakan anak Austisme itu turut mendapat komen daripada ibunya  yang menegur dalam nada gurauan. Komen tersebut turut mencuri tumpuan pengikutnya di platform media sosial itu.

“Aduh! Dia jadi polis pulak! Dah tak ada kerja lain ke menyibuk hal orang? Azal jadi wartawanlah, dapat gaji,” tulisnya.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Azal yang berani bersuara mengenai perkara itu. Hantaran Azal itu mendapat lebih 7,000 tanda ‘like’ dan 400 komen. Apa-apa pun, ramai yang menyatakan Azal merupakan anak yang baik dan dia hanya berkata jujur dalam hantaran tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hmetro

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*