Tempatan

Mungkin Permintaan Terakhir, Adik Hidap Kans3r Ot4k Ini Perlukan Bantuan Helikopter Untuk Dibawa Pulang Beraya Di Kampung

Hari ini, aktivis kemanusiaan Natipah Abu memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang mencari helikopter yang boleh disewa dalam kadar segera.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya, helikopter tersebut ingin disewa bagi laluan dari Langkawi ke Alor Setar, Kedah. Biarpun nampak dekat dalam satu negeri yang sama, namun ada cerita ‘panjang’ di sebaliknya.

Pulang ke kampung, permintaan terakhir

Berdasarkan keterangannya di ruangan komentar, Natipah menjelaskan bahawa ianya adalah untuk memenuhi permintaan seorang kanak-kanak yang mend3rita sak1t kron1k bertahun-tahun lamanya. Tidak dapat tidak, ny4wa anak kecil ini bagaikan telur di hujung tanduk.

Tiada apa lagi yang ‘bernilai’ di dunia ini apabila pihak perubatan mengesahkan bahawa peny4kit adik ini tidak mampu disel4matkan lagi. Sungguh ten4t dan memenatkan.

Di saat-saat akhir ini, apa yang terbuku dalam hatinya adalah mahu pulang ke kampung dalam kadar segera. Namun ianya tidaklah semudah yang disangka. Penyak1tnya membatasi segala-galanya.

“Anak ini sudah berjuang melawan kans3r ot4k selama tujuh tahun dan perjuangannya sudah sampai ke noktah bila doktor sahkan tiada lagi kaedah dan raw4tan moden untuk menyembvhkan s4kitnya.

“Sekarang dia sedang krit1kal dan sangat berharap untuk balik ‘beraya ke kampung’…mungkin inilah permintaan terakhirnya. Kak Pah ada nak sewa bot laju tapi dia tak boleh terh3ntak (kepalanya). Peswat komersial pun tak sesuai. Ada contact beberapa syarikat helikopter sebelum ini, (tapi) depa tak buat dah..” katanya dalam komentar tersebut.

Ekoran itu, ramai netizen saling berkongsi idea bagaimana untuk memastikan ‘ikhtiar terakhir’ ini dapat dilaksanakan dengan semampunya. Rata-rata mereka memberi cadangan supaya menghubungi pihak Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Tidak kurang juga, ada yang turut berkongsi nombor-nombor seseorang yang dipercayai boleh membantu k3s ini kepadanya. Malah ada juga yang berbesar hati menawarkan khidmat bantuannya sendiri.

Hebahan ini dimuat naik ke laman Facebooknya kira-kira dua jam yang lalu. Namun belum ada sebarang kemas kini terkini yang dibuatnya. Mungkin Natipah sedang menunggu maklum balas daripada mana-mana pihak yang dihubunginya.

Buat sementara ini, sama-samalah kita berdoa agar ikhtiar ini menemui jalan keluarnya. Adik ini tidak minta banyak dan bukan helikopter yang dia mahukan sebenarnya. Namun keadaan kepalanya yang s4kit itu tidak mengizinkan untuk dia menggunakan kenderaan biasa, bimbang berlaku komplikasi lain.

Mungkin laluan udara melalui helikopterlah satu-satunya cara paling selamat yang dia ada. Semoga ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kecem4san buat usaha Natipah ini, Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Natipah Abu

“Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah melapangkan daripadanya satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya.” (Hadis riwayat Muslim)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *