
SEORANG anak yang soleh dan bertanggungjawab tidak akan mengabaikan kebajikan kepada kedua ibu bapanya.
Jika sianak mengorbankan seluruh harta dan tenaganya untuk membalas jasa yang telah diberikan oleh kedua ibu bapanya ke atas dirinya nescaya dia tidak akan mampu membalasnya.
Tambahan pula bagi anak lelaki, kebiasaannya mereka akan pergi merantau jauh ke tempat lain untuk membantu keluarga di kampung.
Berkorban demi membawa pulang rezeki buat keluarga di kampung
Walaupun terpaksa berpisah jauh dari keluarga dan kampung halaman, demi tanggungjawab mereka sanggup berkorban demi memberikan kehidupan yang selesa buat ibu, bapa dan adik beradik disana.
Walaubagaimanapun, dengan kemudahan teknologi masa kini kita dapat berhubung melalui telefon dan video call walaupun hidup berjauhan.
Kemudahan teknologi ini membolehkan hubungan kekeluargaan masih terjalin walaupun berpisah beribu batu.
Kisah pemuda ini buat orang ramai sebak
Namun begitu, lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang pemuda ini yang berjaya mencuri tumpuan ramai.
Menerusi aplikasi TikTok dia berkongsi kisah hidupnya yang jauh merantau demi mencari rezeki buat keluarga dikampung namun pengorbanannya tidak dihargai.
Dia yang berkorban mencari rezeki terpaksa menerima hakikat segala penat lelah yang dicurahkan tidak dihargai oleh keluarga hanya mahu wang darinya.
Hanya wang sahaja ditanya tiap kali dihubungi
Berkongsi cerita di media sosial, keluarga hanya akan bertanyakan mengenai wang ketika dihubungi tanpa bertanyakan khabarnya yang jauh diperantauan.
Berbeza dengan orang lain, dia berasa kecewa dengan apa yang dilaluinya dan tidak pernah merasa dihargai dan dapat bergurau senda dengan keluarga seperti orang lain.
Belum pernah lagi rasanya ditanya bagaimana khabar saya diperantauan
“Keluarga saya, setiap kali ditelefon hanya wang yang ditanya, belum pernah lagi saya rasanya di tanya bagaimana khabar saya di perantauan”.
“Momen yang paling menyedihkan dalam hidup saya, semuanya kerana wang barulah akan dianggap keluarga”.
Tahan sebak, hingga akhirnya pemuda ini kesat air mata
Tidak dapat menahan sebak, pemuda ini turut mengesat air mata ketika dan menjadi buntu dengan sikap keluarganya sendiri.
Rakaman video ini telah dimuat naik beberapa hari yang lalu dan berjaya mendapat lebih dari 400,000 tontonan setakat ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pemuda ini.
Mereka juga turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen dan memberikan kata-kata semangat kepada pemuda itu.
Sumber: yoynetwork.
2 Perkara Harus Diingat, 2 Perkara Harus Dilupakan
Perkara yang harus diingat ialah kebaikan orang kepada kita dan kesalahan kita kepada orang. Perkara yang harus dilupakan ialah kebaikan kita kepada orang lain dan kejahatan orang terhadap kita.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Surah al-Dhuha Ayat 11)
Apapapun, dengan menjaga hubungan sesama manusia secara langsung akan turut menjaga hubungan kita dengan Allah.
Leave a Reply