Hiburan

“SOP Wajib Swab Test Dan Negatif Baru Beri Kebenaran Merentas Negeri” – Mila Jirin Cadangkan Kerajaan Benarkan Rentas Negeri Melawat Ibu Bapa

KEPUTUSAN kerajaan melarang aktiviti rentas negeri dalam tempoh sambutan Hari Raya Aidilfitri menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Ini termasuklah penyanyi Mila Jirin yang turut tertarik berkongsi pandangan dan cadangan mengenai penguatkuasaan peraturan tersebut.

Mila atau nama sebenar Norsyarmilla Jirin, 33, berkata kerajaan harus mempertimbangkan kebenaran rentas negeri kepada mereka yang benar-benar perlu pulang ke kampung halaman.

Penyanyi lagu Persis Mutiara ini mencadangkan mereka diwajibkan menjalani ujian calitan (swab test) terlebih dahulu sebelum menerima kebenaran tersebut.

“Majlis Keselamatan Negara, saya terfikir tak boleh ke buat prosedur operasi standard (SOP) wajib swab test dan negatif beri kebenaran merentas negeri.

 

Perkongsian Mila mengenai video bapa rindu anak yang tul4r di media sosial.

“(Kebenaran) balik rumah ibu bapa sahaja buat mereka yang betul-betul perlu balik,” katanya menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi berusia 33 tahun ini berkongsi rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan seorang bapa menangis kerana menanti kepulangan anaknya.

Saranan saya sesiapa yang nak balik buat swab test seminggu sebelum balik dan tiga hari (kemudian) buat swab test kedua untuk keselamatan ahli keluarga lain!

SHEILA MAMBO

PELAKON

Dalam video tersebut, warga emas itu meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bertemu anaknya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melar4ng pergerakan rentas negeri.

“Berat mata kita memandang, berat lagi bahu memikul! Semoga pakcik di dalam video itu diberi kesihatan yang baik serta diberi ketabahan hati dalam bersama-sama kita berjuang fizikal, mental, jiwa raga dalam memutvskan Cov1d-19,” kata Mila.

Sementara itu, seorang lagi pelakon iaitu Sheila Mambo turut berkongsi pandangan yang sama berhubung perkara ini.

“Sabar ya pakcik, Cov1d-19 ni benda tak nampak, bukan macam biskut raya, ketupat rendang… nanti yang balik semua tak tahu mereka bawa ke tidak Cov1d-19 ini.

 

PKP dilanjutkan sehingga 17 Mei ini yang bermaksud rentas negeri tidak dibenarkan sepanjang hari raya.

“Saranan saya sesiapa yang nak balik buat swab test seminggu sebelum balik dan tiga hari (kemudian) buat swab test kedua untuk keselamatan ahli keluarga lain,” ujarnya.

Pada Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi berkuatkuasa 29 April sehingga 17 Mei ini.

Selama tempoh tersebut, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali perjalanan antara negeri di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi konsep gelembung perjalanan hijau.

Ini bermakna pergerakan rentas negeri tetap tidak dibenarkan ketika Hari Raya Aidilfitri.

Umat Islam di negara ini dijangka meraikan Aidilfitri yang jatuh pada 13 atau 14 Mei.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *