
Kisah seorang peniaga burger dikenakan kmpaun RM5O,OOO kerana beroperasi lebih masa malam kelmarin hangat diperkatakan orang ramai.
Terbaru, seorang lagi peniaga colek di Kampung Chekok Tengah, Kota Bharu, turut dikenakan kmpaun membabitkan jumlah dan kesalahan yang sama.
Mohd Azizi Mohd Nor, 42, dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, yang berniaga colek (rojak) pada sebelah malam sepanjang Ramadan di pekarangan rumahnya mengakui terkejut apabila didatangi beberapa anggota poIis jam 11.30 malam kelmarin.
Menurutnya, tanpa bertanyakan maklumat lanjut, anggota poIis berkenaan terus menulis kmpaun dengan jumlah RM5O,OOO bagi kesalahan beroperasi melebihi had masa.
” Saya terkejut sampai hilang kata-kata melihat jumlah yang perlu kami bayar.
” Sedangkan untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun agak sukar kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.
” Sebenarnya ketika anggota poIis tiba, saya sudah menutup kedai jam 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup.
” Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama.
” Pada masa sama saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan Wan Mohd Faisal Wan Kadir dikenakan kmpaun dengan nilai RM5O,OOO atas alasan meniaga melebihi masa dihadkan dalam tempoh PKP.
Sementara itu Mohd Azizi yang juga bapa kepada lima anak yang masih bersekolah itu berkata, dia juga menanggung tiga anak saudara sudah tentu tidak mampu membayar jumlah kmpaun berkenaan.
” Jangan kata RM5O,OOO, jika dikurangkan RM1O,OOO pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih memilih untuk masuk penjara.
PoIis akan teliti semula kmpaun
” Saya agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kmpaun tetapi sudah dikenakan RM5O,OOO.
” Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri berniaga mee celup pada hari biasa.
” Cuma setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, saya dan isteri berniaga colek pada waktu malam,” katanya.
Tambahnya, disebabkan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, dia sudah ke Pejabat Kesihatan Daerah semalam untuk membuat rayuan dan sehingga kini mereka masih buntu dengan apa yang berlaku.
” Sejak malam kelmarin, saya dan isteri masih buntu sehingga tidak mampu tidur malam memikirkan nasib yang menimpa kami.
” Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu,” katanya.
Terdahulu, Ketua PoIis Kelantan Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kmpaun RM5O,OOO yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk Azizi dan Wan Mohd Faisal.
Jelasnya, pihak poIis akan memanggil semula orang yang dikenakan kmpaun (OKK) membabitkan tiga peniaga berkenaan.
Dalam pada itu, isu kmpaun RM5O,OOO terhadap peniaga burger semakin menarik perhatian ramai apabila personaliti popular Neelofa tampil mahu membantu.
Menerusi satu hantaran di InstaStory, Instagram, Neelofa memberitahu dia sudah berbincang dengan peguamnya dan cuba berhubung dengan peniaga burger terbabit.
” Kami juga ada menghubungi pihak poIis untuk bertanyakan maklumat lanjut tentang kmpaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah… Salam” tulis NeeIofa.
Sumber:maIaysiakini
Leave a Reply