Tempatan

Terpisah kerana PKP, suami isteri diduga anak lemas dalam tali air

KOTA BHARU – Seorang kanak- kanak lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Jambu Merah, Melor di sini petang tadi.

Mangsa, Muhammad Huffaz Wafri Mohd.Zulfika, 3, ditemui dalam keadaan terapung di dalam tali air itu kira-kira 10 meter dari rumahnya pada pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa disedari lemas oleh seorang penduduk kampung selepas melihat kanak-kanak itu terapung di permukaan air.

Katanya, polis menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 4.33 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, polis mendapati mngsa masih berada dalam keadaan terapung di dalam tali air. Pasukan bomba dan penyelamat telah membawa mangsa naik ke kawasan tebing.

“Siasatan mendapati, kali terakhir mngsa dilihat sedang bermain di dalam rumahnya oleh neneknya kira-kira pukul 3 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, bagaimanapun, ahli keluarganya tidak menyedari kehilangan kanak-kanak itu sehingga seorang jiran memaklumkan bahawa mngsa sudah lmas di tali air.

“Mngsa dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai di sini dan disahkan sudah menggal dunia.

“Mayat mngsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bdah siasat,” katanya.

Tambahnya, siasatan turut mendapati kes itu tidak melibatkan sebarang unsur jenyh malah tiada langsung sebarang kesan kecedraan ditemui pada badan mngsa.

Dalam pada itu, mngsa bersama abangnya ditinggalkan bersama datuk dan nenek di kampung semenntara kedua-dua ibu bapa mereka berada di Sungai Buloh kerana bekerja.

Sumber- cempedakcheese

Artikel Berkaitan…

Pengumuman Terkini Rentas Negeri Aidilfitri Yang Ditunggu Tungu Ramai,Ini Penjelasan Menteri

27 APRIL: Majlis Keselamatan Negara telah mendengar perbentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) status COV19 di kebanyakan negeri menunjukkan keadaan tidak stabil dan angka R-nought melebihi 1, dengan peningkatan kluster pendidikan bertambah.

Trend penurunan didapati di Kedah, Perlis, Perak dan Negeri Sembilan.

Trend meningkat Kelantan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Trend turun naik di negeri selebihnya.

Oleh itu, MKN memutuskan berkuatkuasa 29 April hingga 17 Mei, status negeri adalah seperti berikut:

1.PKP – Kelantan kekal PKP berikutan enam jajahan di Kelantan menunjukkan peningkatan kes COVID-19.
2.PKPB – Lima negeri dikekalkan PKPB iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.
3.PKPP – Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya / Labuan

Sementara itu, aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan buat masa ini.

Sementara itu, SOP Aidilfitri masih diperhalusi dan akan dimumkan dalam masa terdekat.

Rujuk siaran langsung MKN di pautan berikut:

Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, namun dengan trend peningkatan kes nampaknya kebenaran rentas negeri sempena Syawal masih tidak dibenarkan.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, 6 faktor yang menjadi indikator KKM ialah:

1.Situasi kes harian termasuk kes yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang
Trend dan kadar kebolehjangkitan
2.Situasi semasa iaitu kadar kem4tian dan jumlah kes kem4tian
3.Keupayaan katil dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital

4.Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti dan
5.Ujian saringan yang dijalankan di lapangan, saringan penyakit seperti influenza (ILI), jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan persampelan prapembedahan serta kemasukan ke wad.
*Sumber: Astro Awani

Rakyat Malaysia Boleh Rentas Negeri Jika Dah Penuhi 6 Syarat Ini – KKM


Dengan ketibaan bulan Ramadhan tak lama lagi, ramai yang tertunggu-tunggu kebemaran rentas negeri sebab dah lama tak balik kampung.

Setiap hari dalam sidang media MKN pun, tentu akan ada orang tanya :

“Bila kami boleh rentas negeri?”

Hampir setiap kali juga jawapannya adalah sama iaitu:

“Bergantung kepada penilaian risiko oleh KKM, ” jawab Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media baru-baru ini.

Tahukah kita apakah itu penilaian risiko?

Di sini kami kongsikan apakah syarat yang ditetapkan oleh KKM untuk memberi kebenaran rentas negeri.


6 Faktor Penilaian Untuk Kebenaran Rentas Negeri

Secara ringkas, penilaian risiko ditentukan dengan melihat situasi jangkitan semasa dan kebarangkalian penularan jangkitan menjadi lebih teruk atau sebaliknya.

6 faktor yang menjadi indikator KKM ialah:

1.Situasi kes harian termasuk kes yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang
2.Trend dan kadar kebolehjangkitan
3.Situasi semasa iaitu kadar kematian dan jumlah kes kem4tian

4.Keupayaan katil dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital
5.Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti dan
6.Ujian saringan yang dijalankan di lapangan, saringan penyakit seperti influenza (ILI), jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan persampelan prapembedahan serta kemasukan ke wad.

KKM mengkaji semua data dan fakta sebelum menasihat atau mencadangkan kepada Jawatankuasa Teknikal untuk diputuskan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara.

Cadangan kebenaran rentas negeri juga bergantung kepada 6 faktor ini.

KKM membuat penilaian risiko ini dari semasa ke semasa. Situasi semasa menunjukkan kes baharu dalam trend penurunan walaupun tidak konsisten, namun masih terlaku awal.

Memandangkan Program Imunisasi COV-19 Kebangsaan baru saja berjalan, aktiviti kesihatan awam adalah paling berkesan untuk melandaikan keluk jangkitan.

Jika kepatuhan yang tinggi kepada SOP yang ditunjukkan oleh kita semua ketika ini berterusan, tidak mustahil kemeriahan balik kampung untuk menyambut Aidilfitri akan dirasai tahun ini.

Kita berusaha dan berdoa, kepada Tuhan kita berserah.

Jadi, diharap semua rakyat Malaysia dapat mematuhi SOP agar keenam-enam faktor risiko dapat dikurangkan. Barulah kita semua boleh balik kampung dan rentas negeri ok!

*Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *