Hiburan

Salute! Caprice Lancar Tabung Bantuan ‘Abang Burger’ Dikomp4un RM50 Ribu

Penyanyi rap popular, Caprice mendapat pujian daripada warganet selepas mengumumkan hasratnya untuk membuka tabung bantuan bagi membantu seorang peniaga burger yang tular sejak semalam.

Lancar Tabung Bantuan

 

Dalam isu tersebut, peniaga burger terbabit telah dikenakan kompaun oleh pihak polis selepas didakwa berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji, Kelantan pada Ahad. Berikutan itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mengajak orang ramai untuk bersama dengannya mengumpul dana buat peniaga yang tersebut yang dikenali sebagai Faisal.

Tunggu Persetujuan Faisal

Menurut pelantun Kau Hade ini, dia akan melancarkan tabung bantuan yang dikenali sebagai ‘Tabung Kitafund’ itu sebaik sahaja mendapat persetujuan Faisal.

“Alhamdulillah guys kita dapat contact Abe Faisal. Kalau esok (hari ini) Abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund atau a public tabung untuk bantu settle kompaun RM50k yang dia kene bayar sebelum May 9th (5 hari sebelum raya). InsyaAllah! Kita jaga kita,” kongsinya di laman Instagram.

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan ketika itu Faisal dan isterinya sedang menyiapkan 15 burger juadah sahur yang ditempah oleh pelanggan dari sebuah kilang di Pengkalan Chepa sebelum didatangi sekumpulan anggota polis pada jam 11.21 malam susulan menerima aduan berhubung perkara demikian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *