Ini Respon Dari Brader Burger Selepas Dia Dengar Neelofa Nak Tolong Bayar K0mpaun 50k

Kuala Lumpur : Peniaga burger yang dik.ompaun RM 50,000 kerana did.akwa ber.operasi lebih dari masa ditetapkan di Kelantan bersyukur dan terbuka untuk menerima b.antuan daripada sesiapa sahaja termasuk pelakon dan pengacara, Neelofa.

Dengan hanya berniaga di hadapan rumahnya Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi pihak polis ketika sedang menyiapkan pesanan pelanggannya kira-kira jam 11 malam.

Ketika ini, negeri Cik Siti Wan Kembang itu masih dalam tempoh P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, dia menganggap ada hikmah di sebalik keja.dian berkenaan.

“Alahai dugaan bulan puasa, berniaga burger depan tangga rumah, pukul 11 malam polis mari. Niaga burger kena k.ompaun RM 50,000.

“Semoga rezeki aku dan keluarga bertambah, Ada hikmah di sebalik kejad.ian, niaga pun untuk buat lepas bayar bil bulan-bulan saja,” katanya melalui status yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya.

Bercakap sebelum ini, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, mengakui beberapa pihak termasuk peguam telah menghubunginya untuk menghulurkan bantuan sejak k.esnya menjadi tular dan mendapat liputan media.

Mengenai bantuan yang ditawarkan Neelofa, Wan Mohd Faisal, yang tidak menyangka menerima tawaran berkenaan berkata: “Saya tak tahu nak kata apa. Boleh sangat (saya mengalu-alukan) kalau ada orang yang sanggup menolong.

“Rasa mudah (lega) sikitlah,” katanya.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi muat naik status Instagram Story petang tadi, memaklumkan telah berhubung dengan peniaga burger itu menerusi peguamnya.

Terdahulu, tindakan Neelofa memuat naik foto sebiji burger dengan kapsyen ‘Moreh burger malam ni meh’ mencetuskan kek.ecohan di media sosial apabila segelintir netizen mendakwa beliau meny.indir peniaga burger terbabit.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Neelofa tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul dengan penjelasan lebih lanjut di Instagram Storynya.

“Ya Allah ramainya salah anggap dan bersangka tidak baik. Sebelum saya muat naik gambar (burger), peguam saya telah menghubungi abang burger itu dan kami juga telah menghubungi pihak polis untuk tanyakan perincian tentang k.ompaun dia (peniaga burger) sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah,” jelas Neelofa.

Kredit : Astro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*