
KUALA LUMPUR: Tidak sampai beberapa jam menerima keputusan harus membayar k.ompaun bernilai RM 60,000 kerana melan.ggar prosedur o.perasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri, Neelofa sekali lagi menjadi tumpuan.
Nama selebriti dan usahawan itu menjadi sebutan netizen selepas memuat naik gambar burger dalam hantaran di InstaStory akaun Instagram peribadinya.
Dalam entri tersebut, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menulis kapsyen mahu menikmati burger semasa moreh malam nanti.
“Moreh burger malam ni meh,” tulis Neelofa ringkas, dan disertai dua emoji ‘ketawa’.
Entri itu dipercayai menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang mendakwa Neelofa meny.indir seorang pengusaha burger di Kelantan yang dikenakan kompaun sebanyak RM 50,000, baru-baru ini.
Menguatkan lagi andaian itu apabila, netizen mendapati gambar yang dimuat naik itu merupakan sekeping gambar daripada carian enjin G0ogle.
Namun bagaimanapun menerusi tinjauan, gambar tersebut sudah dip.adam daripada akaun Instagramnya.
Selang beberapa jam dari muat naik gambar burger itu, dan setelah menerima pelbagai reaksi, Neelofa memuat naik posting terbaharu di IG Storynya:
“Ya Allah, ramainya yang salah anggap dan bersangka tidak baik… before I posted the photo, my lawyer has contacted abang burger tu and we have also contacted pihak polis untuk tanyakan details tentang k.ompaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah.”
Pada Selasa, Neelofa serta keluarganya telah dikenakan kompaun RM 60,000 kerana melan.ggar p.rosedur SOP di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Penc.egahan dan pengawalan Peny.akit Berj.angkit 2020.
Kredit : AstroAwani
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply