Isteri Brader Burger Tampil Beritahu Apa Yang Jadi Sebenarnya Masa P0lis Datang Bagi K0mpaun

“TIDAK adil kami dikenakan k.ompaun dalam jumlah yang begitu besar, kami bukan pemilik restoran tapi hanya berniaga depan tangga rumah”.

Demikian luahan penuh k.ecewa Nor Laili Shafii, selepas gerai burger yang diusahakan bersama suami, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, dikenakan k.ompaun oleh pihak polis gara-gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan.

Bercerita lagi, Nor Laili berkata gerai mereka yang terletak di hadapan rumah di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu didatangi anggota polis yang menaiki sebuah kereta pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.

“Masa itu saya dan suami sedang menyiapkan tempahan burger pelanggan… memang tiada seorang pun pelanggan di gerai ketika itu, hanya saya dan suami serta empat pekerja.

“Anggota polis keluar daripada kereta dan bertanya kenapa tak tutup lagi? Kami jelaskan sedang siapkan pesanan pelanggan yang merupakan pekerja kilang dan akan hantar (COD). Memang tak berniaga dah masa itu.

“Mereka terus meminta kad pengenalan, kami mer.ayu dan beritahu akan terus tutup gerai tapi nampaknya r.ayuan tak didengari. Mereka terus keluarkan k.ompaun.

“Bila tengok jumlah tu memang terkejut… biar betul. Kami hanya berniaga cari makan depan tangga rumah, dan tiada seorang pun pelanggan. Namun tanpa budi bicara, k.ompaun terus dikeluarkan… tiada a.maran atau budi bicara,” kata wanita berusia 37 tahun ini.

Tambah wanita ini, menerusi apa yang dimaklumkan anggota polis, ada pihak lain yang membuat laporan mengenai gerainya bero.perasi melebih waktu ditetapkan.

Difahamkan, k.ompaun tersebut merupakan k.es berulang selepas kali pertama ketika P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini apabila mereka dikenakan k.ompaun RM 1,000.

Untuk rekod o.perasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga pukul 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatku.asakan.

“Mungkin ada yang tak puas hati dengan sambutan yang diterima gerai kami. Kami dah berniaga burger selama belasan tahun cuma hanya tahun lalu baru berniaga di depan rumah sebab PKP. Boleh dikatakan ramai yang tahu gerai Faisal Burger.

“Lagi pula ramai yang bekerja shif contohnya pekerja kilang. Waktu-waktu pukul 10 macam tu baru mereka nak cari beli makanan, dan ada juga nak beli untuk bersahur. Tapi dah ditetapkan o.perasi sehingga 10 malam sahaja.

“Pasal lebih masa, saya rasa banyak juga kedai yang ikut peraturan. Disebabkan itu saya rasa kalau nak adil, biarlah adil dan kuat k.uasa peraturan kepada semua,” ujarnya.

Tambah Nor Laili, bisnes burger merupakan satu-satunya mata pencariannya bersama suami justeru mereka terlalu berharap agar nilai k.ompaun yang dikenakan agar dipertimbangkan semula.

“Bayangkan, kami hanya berniaga burger tapi begitu besar nilai k.ompaun yang dikenakan. Kami bukannya pemilik restoran. Namun kami anggap ini ujian Ramadan.

“Namun apapun kami bercadang untuk mengemukakan r.ayuan kelak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, perkongsian yang dibuat mengenai perkara berkenaan di laman Facebook menjadi tular di mana sehingga kini ia meraih 5,300 kongsian.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa s.impati dengan n.asib pasangan suami isteri berkenaan, malah ada yang turut meminta nombor a.kaun bagi menyalurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

 

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*