
Sikap prihatin terhadap nasib peniaga membuka hati seorang pemuda, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi untuk membelanjakan RM5,000 bagi membeli semua juadah dijual di sebuah bazar Ramadan di sini.
Bukan setakat itu, semua juadah tersebut disedekahkan pula kepada para pengunjung yang datang.
Kisahnya mula mendapat perhatian netizen selepas videonya membeli juadah yang pada awalnya hanya dimuat naik di IG personal beliau telah dikongsikan seorang individu di Twitter.
Menerusi video yang dikongsikan itu, ramai yang memuji tindakan pemuda ini.
Namun dalam ramai yang memuji , tidak kurang juga yang menganggap Iddin mahu menunjuk-nunjuk kekayaan.
Sehubungan itu, empunya diri Iddin Syah atau nama sebenarnya Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi tampil menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.
Beliau yang juga pengasas produk kecantikan hanya ingin membantu para peniaga dan berkongsi rezeki atas kejayaannya selama ini.
Alhamdulillah! Tahniah anak muda atas tindakan suci murnimu.
Bukan mahukan perhatian
“Saya tak pernah minta pun mendapat perhatian mana-mana pihak ketika mengadakan kunjungan sedekah di Bazar Ramadan Seberang Jaya, baru-baru ini kerana niat saya ikhlas.
“Saya sekadar kongsikan video itu di instagram (IG) personal saya sebagai content peribadi, sekaligus untuk memberi contoh yang baik kepada stokis dan ejen ESW.
“Kalau pengikut saya di IG melihat ia satu inisiatif yang baik, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT.
“Walaupun ada sebilangan kecil yang mengecam dan menganggap saya menunjuk-nunjuk, terserah apa pun pendapat mereka kerana saya tahu itu bukanlah tujuannya,” katanya.
Sedih melihat peniaga bazar Ramadan mencari rezeki meskipun hujan lebat.
“Setiap kali balik dari kerja melalui kawasan bazar Ramadan, saya sayu melihat peniaga-peniaga yang bertungkus-lumus mencari rezeki dalam keadaan hujan lebat.
“Memang banyak hari dah hujan berlaku waktu petang. Dalam hati, “ya Allah kesiannya depa (mereka) ni, dahlah tahun lepas tak boleh berniaga sebab PKP 1.0 semua kena lockdown, tahun ni pula cuaca belah petang hujan lebat.
“Macam manalah perasaan depa kalau juadah yang dijual tak habis sebab org tak mai beli sebab hujan. Mesti depa rugi kan?,”
Kata Iddin, rezeki yang diperolehi berniaga produk kecantikan mahu dikongsikan bersama para peniaga bazar Ramadan.
“Saya nak buat kejutan dekat peniaga-peniaga bazar Ramadan. Kebetulan Allah SWT bagi rezeki dekat saya dan seluruh warga ESW kebelakangan ini. Subhanallah tak terkata hebatnya.
“Tapi video ini telah dikongsikan seseorang yang saya tidak kenali di Twitter lalu menjadi tular. Terima kasih naa spreadkan (sebar) kebaikan.
“Pada semua yang mendoakan kebaikan kepada saya, terima kasih. Pastinya Allah SWT mengangkat doa kalian terlebih dahulu… Amin YRA.
“Terima kasih juga kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada usaha murni saya ini. Hanya Allah SWT dapat membalasnya,” jelasnya lagi.
Memberikan kata semangat mahu peniaga terus cekal dalam mencari rezeki.
“Akhir kata, saya harap peniaga-peniaga bazar Ramadan yang berada di pelusuk manapun tak pernah putus semangat untuk terus mencari rezeki yang halal.
“Terima kasih kerana bersusah payah menyediakan hidangan buat kami semua yang tak sempat masak ekoran kesibukan kerja.
“Semoga Allah SWT merahmati kalian semua. Amin YRA,” doanya.
Oh ni sambungan video tu rupanya. Sampai ada yang amek gambar dengan Iddin Syah ni. Fuh berkepuk duit dia bawak belanja di Bazar.
Eh sedap pulak aku tengok lokcing tu ya. pic.twitter.com/qPijxeD1J7
— N E Y R A (@neyrashazeyra) April 19, 2021
Menerjah ruangan komen, rata-ratanya memuji tindakan pemuda ini.
Benda baik kita puji.. dan kita ikut.. Pencetus sebenar dtgnya dari Ustaz Ebit Liew..kemudian makin bertambah ramai yg mula jadi dermawan.. dan galak bersedekah.. Alhamdullillah.. Terbaik.
Alhamdulillah, rezeki pemberian Allah dikongsikan. Sedekah tidak sedikit pun mengurangkan wang ringgit kita, bahkan ditambahkan lagi.
Semoga dimurahkan rezeki seluas langit dan bumi dengan rezeki yang tidak disangka sangka.. Aamiin dan permudahkan urusan rezeki peniaga pasar Ramadan seluruh Malaysia.
Semoga kisah Iddin Syah ini menjadi inspirasi atau motivasi kepada masyarakat untuk terus berfikir positif serta tidak berputus asa untuk terus berjaya.
Sama-sama saling membantu semasa kita!
Sumber: hmetro / sinarplus
Leave a Reply