Hiburan

‘Cantik Sangat Seperti Bondanya’ – Penampilan Terkini YAM Tengku Puteri Daulath Jadi Bualan

Pada 19 April yang lalu, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ telah menyambut ulang tahun hari keputeraannya yang ke-19.

Amat jarang mendapat perhatian media, siapa sangka puteri bongsu Negeri Terengganu Darul Iman ternyata mempunyai raut wajah yang cantik sepeti bondanya.

Meskipun tiada banyak maklumat kerana kehidupan kerabat diraja Terengganu yang ‘low profile’, namun pesona dimiliki bondanya menarik perhatian orang ramai untuk melihat kecantikan Tengku Puteri Daulath.

Sekali imbas, terbayang jelas raut wajah ayahanda dan bonda menghiasi senyuman.

Paras rupa yang lembut dan menawan, itulah kelebihan puteri bongsu Negeri Terengganu Darul Iman yang menyambut ulang tahun hari keputeraannya yang ke-19.

Tengku Puteri Daulath telah diputerikan pada hari Jumaat, 19 April 2002 dan merupakan puteri bongsu kepada pasangan KDYMM Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Sultan Mizan adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda telah diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah pada 28 Mac 1996.

Tidak dapat dinafikan kecantikan Tengku Puteri Daulath sememangnya mirip bondanya Sultanah Nur Zahirah sewaktu muda.

Pada tahun 2019 Tengku Puteri Daulath dikurniakan gelaran dan darjah kemuliaan daripada Sultan Terengganu.

Tengku Puteri Daulath mempunyai tiga orang kakanda iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 25, DYTM Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 23 dan YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 21.

Sementara itu mungkin ramai tak tahu, pelakon Nafiz Muaz telah menjadi bapa saudara kepada Tengku Puteri Daulath.

Ini kerana Adinda Bongsu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah Sultanah Terengganu, Nur Diyana Mariam berkahwin dengan pelakon berusia 22 tahun itu pada 2 Januari 2021 yang lalu.

Bonda kepada puteri jelita ini, Sultanah Nur Zahirah pula merupakan penaung bagi Yayasan Tuanku Nur Zahirah iaitu sebuah yayasan berasaskan kebajikan yang ditubuhkan pada 19 Jun 2007 untuk menolong masyarakat yang berpendapatan rendah, terutamanya kaum wanita.

Baginda juga banyak terlibat dengan aktiviti kemanusiaan iaitu sebagai penaung dalam organisasi, persatuan dan institusi pengajian di Terengganu.

Antaranya ialah Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA), Persatuan Hospis Terengganu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pusat Bukit Besar Terengganu(PIBG) dan Penaung Tadika An Nur.

Sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari keputeraan YAM Tengku Puteri Daulath Raja yang ke-19. Menjunjung kasih.

Perkongsian di Instagram Terengganu Royal Family raih perhatian

Sementara itu menerusi satu perkongsian di IG pada 3 hari lalu, ucapan sempenan hari keputeraan Tengku Puteri Daulath telah meraih perhatian ramai.

” Sembah Ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, yang ke 19 pada hari ini .

” Milad mubarak, Barakallah fii umrik, semoga Tengku Puteri sentiasa sihat selalu dan diberikan rezeki yang melimpah, Ameen.” tulis entri tersebut.

Menerjah ruangan komen, rata-ratanya memuji kecantikan puteri bongsu Sultan Terengganu itu.

” Cantiknya tengku. Muka klasik melayu,” tulis Shaheera.

” Cantik sangat tengku..selamat ulang tahun kelahiran YAM tengku.” komen Shazwani

” Raut wajah melayu yg cantik. Selamat hari lahir Tengku Puteri,” komen Batrisya.

Sumber:nona dan murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *