Hiburan

“TokTi ni l4in level” – VIDEO Tun Mahathir Ucap Tahniah Pada Siti Nurhaliza

Pada jam 6.21 pagi baru ini, penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan.

Ekoran berita gembira ini, ramai selebriti dan peminat tak putus-putus mengucapkan tahniah kepada keluarga Siti Nurhaliza ini.

Turut tak ketinggalan, bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut memuat naik video di Twitter peribadinya untuk mengucapkan tahniah kepada Siti Nurhaliza atas kelahiran cahaya matanya yang ke-2 ini.

“Terima kasih Ayahanda Tun”

Dalam video tersebut, Tun Mahathir turut mendoakan agar Siti Nurhaliza dan anaknya memperolehi keberkatan dari Allah SWT.

Assalamualaikum Siti @CTNurhaliza11, saya ucap tahniah atas kelahiran anak yang kedua. Diharap Siti dan anak dikurniakan kebaikan oleh Allah SWT.”

Ini bukanlah ucapan pertama yang diterima oleh Siti Nurhaliza dari Tun Mahathir, sebelum ini Tun Mahathir turut memberikan ucapan selamat hari lahir ketika Siti menyambut ulang tahunnya pada Januari lalu.

Malah, Siti Nurhaliza juga pernah membuat majlis sambutan hari jadi untuk Tun Mahathir dan Tun Hasmah di rumahnya sendiri.

Sumber:Lobak Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *