
Tanggal 19 April 2021 telah menjadi salah satu tarikh bahagia buat Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suami dan keluarga.
Dato Sri Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tokti telah pun selamat melahlrkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram (kg) menerusi kaedah pemb3dahan.
Kelahlran bayi kedua Tokti itu disambut gembira oleh suami, anak-anak kepada Datuk K, ustaz serta jurugambar dan doktor yang mer4wat.
Dalam pada itu, ada juga yang terdetik mempersoalkan bagaimana S0P di h0spital yang didiami oleh Tokti boleh membenarkan pelawat masuk selain daripada suami kerana kebanyakan h0spital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bers4lin.
Bila bink aku bersalin sorg pon xleh masuk except aku. Bila celeb bersalin sesiapa buleh masuk. Double standard aku dh penat. Moga rezki anak2 dpt pg overseas kerja. Country ni doom. pic.twitter.com/2hsMEm7glF
— Iq_playz (@faiqanuar) April 19, 2021
Ini antara salah satu ciapan yang dimuat naik oleh pengguna di Twitter yang mempersoalkan keadilan dan SOP yang diguna pakai oleh hospital, adakah ia hanya untuk rakyat marh4en dan bukan untuk golongan artis, kayangan, menteri dan sebagainya?
Meninjau di ruangan ciapan tersebut, ramai yang memberikan pendapat masing-masing :
Kita sudah sedia maklum bahawa ketika pandemik C0vid-19, hospital kerajaan tidak akan membenarkan pelawat untuk masuk kecuali satu orang penjaga mengikut tahap kronik pes4kit.
Sementara hospital swasta pula lebih longgar dan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan seperti membuat sw4b test terlebih dahulu sebelum melawat pes4kit dan sebagainya.
Menurut sumber, ada yang mengatakan bahawa semua yang terlibat ketika menyambut kel4hiran bayi kedua Tokti sudah membuat swa4 test sebelum melawatnya, jadi tidak ada masalah untuk mereka melawat.
Apa-apapun, daripada kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik di bulan Ramadan, lebih baik untuk kita sama-sama hormati dan doakan kesihatan bayi dan Tokti.
Sumber : Twitter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: hotfm.com.my
Leave a Reply