Spot terkenal “Geng Plastik Hitam” diserbu JAIPk

Setiap kali memasuki bulan puasa atau Ramadan, pastinya telefilem arahan Mamat Khalid akan menemani kita. Bermula dengan 15 Puasa sehinggalah kepada telefilem terbaru pada tahun ini iaitu 18 Puasa di Kampong Pisang.

Telefilem yang mengisahkan tentang ‘g3ng plastik h1tam’ daripada penduduk Kampong Pisang ini nampaknya berjaya membuatkan para penonton tidak kering gusi menontonnya.

Terbaharu, tular di media sosial apabila para netizen berkongsi gambar lucu menampilkan Bell Ngasri yang merupakan salah seorang pelakon dalam telefilem ini sedang membungkus makanan di belakang kedai.

Gambar yang disangka sekadar membuatkan para netizen tertawa ini nampaknya telah tular sehingga turut menjemput Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk membuat rondaan di kedai berkenaan. Difahamkan kedai tersebut merupakan sebuah lokasi popular buat ‘g3ng plastik h1tam’ serta turut menawarkan servis drive thru.

SUMBER: FACEBOOK PERAK PRESS

Serbuan yang dibuat nampaknya turut menarik perhatian netizen serta mengingatkan mereka kepada telefilem arahan Mamat Khalid ini.

Menerusi serbuan yang dibuat sekitar Ipoh, dilaporkan pihak JAIPk telah menjumpai beberapa individu yang sedang makan di kedai makan dan juga dalam kereta di siang hari pada bulan Ramadan.

Sumber: vocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*