Tempatan

Tiada niat gadai maruah & agama, pelakon iklan tak tahu rupanya video ju.di

Berikutan kontroversi video promosi perjudian ‘online’ yang mengundang kemarahan orang ramai terutama umat Islam, tiga pelakon video muzik (MV) tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut laporan eksklusif mStar Online, mereka mendakwa mendapat tawaran bagi menjayakan rakaman MV sempena Hari Raya.

Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak rahsiakan produk mereka… malah semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video, jangan beritahu sesiapa sebab surprise,” kata salah seorang pelakon pembantu.

Difahamkan, penggambaran MV berkenaan membabitkan lima pelakon beragama Islam iaitu tiga lelaki dan dua perempuan yang diadakan di Hulu Langat, Selangor.

Pelakon pembantu itu berkata, dia dan para pelakon lain hanya menyedari mereka terlibat dalam iklan mempromosi judi pada hari penggambaran, 13 Mac lalu.

Malah dia juga meluahkan rasa kesal kerana tidak berani untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran tersebut.

“Kami desperate, freelance macam kami terjejas teruk. Apabila dapat job ni saya ambil je tanpa banyak tanya soalan. Untuk job ni mereka bayar pun sikit sangat. Kita buat sebab tak ada cara lain cari duit… kami freelancer.
“Masa awal-awal memang berkaitan raya, tapi apabila masuk bahagian kedua di penghujung penggambaran baru kami sedar ia adalah judi.
“Pihak produksi minta kami lip sync empat baris lirik lagu yang jelas berkaitan perjudian.
“Saya menyesal sebab tak berani pull out, padahal kami tiada kontrak apa-apa pun. Saya jadi panik, bukan saya je… kawan-kawan pun kena dan saya rasa bersalah,” ujarnya.

Bagi pelakon utama Saifullah Mohd Yunus pula, dia terpaksa meneruskan penggambaraan kerana mahu bersikap profesional.

“Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami akan pulang… tidak! Memandangkan dah 70 peratus siap, kami hanya teruskan seperti yang dirancang,” kongsinya.

Tonton temubual penuh:

Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *