Kisah Masyarakat

Ramai Yang Mahu Membantu Lelaki Ini Tetapi Beliau Sendiri Menolak. Ini Sebabnya

Bulan ramadan yang mulia ini merupakan detik bermakna buat semua orang kerana bukan sahaja boleh beribadah tetapi boleh mengeratkan silaturahim dengan keluarga terutama ketika waktu berbuka puasa.

Ditambah pula dengan hidangan makanan yang lazat, pasti ia akan jadi lebih bermakna.

Pun begitu, tidak semua orang berpeluang untuk berkumpul bersama-sama dengan ahli keluarga dan memakan makanan yang enak. Ada yang terpaksa duduk berjauhan dan berseorangan demi mencari rezeki.

Sama seperti lelaki yang berasal dari Sabah ini, videonya yang memaparkannya berbuka puasa  membuatkan ramai sebak dan sedih.

Menerusi video di TikTok yang dimuatnaik Rast_96 itu, dia yang merupakan seorang pegawai keselamatan di kawasan berdekatan Kota Damansara itu dilihat memakan nasi dengan penuh berselera walaupun berlaukkan air dan garam sahaja.

Menurut Rast, dia baru sahaja empat minggu bekerja di situ. Mengulas mengenai video itu, dia berkata bahawa dia tidak sempat membeli lauk pada hari itu kerana sudah lewat untuk ke tempat kerja.

Perkongsian videonya itu juga membuatkan ramai yang sedih dan ada yang menawarkan untuk memberi bantuan kepadanya.

Pun begitu, dia menolak bantuan itu dengan baik kerana masih lagi mampu untuk membeli makanan.

“Saya buat video saja-saja, kesian dekat orang yang ambil berat, mintak nombor akaun dan alamat untuk beri bantuan tetapi saya tidak bagi sebab saya masih lagi mampu beli sendiri,” katanya ketika dihubungi SK.

Dia turut mendoakan agar orang-orang yang menghubunginya untuk memberikan bantuan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: Rast_96

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *