Kisah Masyarakat

Puluh tahun duduk rumah flat, ibu hampir rebah terharu anak hadiahkan banglo

Setiap anak pasti berkeinginan untuk membahagia orang tua yang sudah berkorban membesarkan kita. Walaupun apa yang kita beri tidak setimpal dengan penat lelah mereka, namun ia sedikit sebanyak mampu menggembirakan sosok tua itu.

Jadi, menerusi perkongsian seorang usahawan kosmetik dikenali sebagai Juzailah Shariff, dia telah berkongsi video reaksi ibunya apabila dihadiahkan sebuah rumah banglo di kawasan elit selepas puluhan tahun tinggal di rumah flat.

Balas jasa ibu besarkan 4 beradik
Menurut Juzailah, ibunya yang juga seorang ibu tunggal telah membesarkan mereka empat beradik dengan kudratnya dari mereka kecil sehingga sudah berjaya.

Jadi, kejutan tersebut sebagai satu bentuk penghargaan buat ratu hati mereka selepas empat tahun membina empayar perniagaan.

Ibu terkejut sampai hampir pitam
Walau bagaimanapun, ketika ibu mereka masuk ke dalam rumah baru, suasana sedikit panik apabila wanita itu tiba-tiba rebah. Apa yang lebih membimbangkan adalah ibu Juzailah menghidap penyakit jantung.

Walau bagaimanapun, setelah berehat sebentar dia kembali pulih dan menyatakan sangat bersyukur kerana tidak sangka Allah memberikan anak-anaknya rezeki yang luas sehingga dapat membeli rumah yang selesa untuk mereka sekeluarga.

“Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi sampai nak rebah lemah tadi?
Ummi jawab “bersyukur sgt pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dkt anak-anak ummi, dpt menumpang hidup duduk rumah selesa” ujarnya.

Sma2 nangis tonton video ni
Sehubungan perkongsian tersebut, ramai yang tersentuh hati menonton video yang berdurasi dua minit enam saat itu di Instagram Juzailah Shariff kerana dapat merasai betapa bersyukurnya seorang ibu apabila dihargai oleh anak-anak.

Mereka juga berharap agar dapat melakukan perkara sama seperti usahawan tersebut dan sama-sama berdoa agar terus dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T

Sumber: Juzailah Shariff.

Via https://ohmymedia.cc/puluh-tahun-duduk-rumah-flat-ibu-hampir-rebah-terharu-anak-hadiahkan-banglo/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *