Hiburan

Jod0h Haliza Misbun Di Usia 48 Tahun, Sah Bergelar Isteri Kepada Warga British

PELAKON Haliza Misbun selamat bergel4r isteri kepada jejaka British, Matthew John Rodgers, 48, dengan sekali lafaz di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, pada petang Sabtu.

Pasangan itu din1kahkan oleh Penolong Pendaftar N1kah Cer4i Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin kira-kira pukul 5.25 petang.

Upacara akad n1kah itu berlangsung dengan mematuhi pr0sedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 50 tetamu sahaja.

Haliza Misbun kini isteri orang, dapat hantaran sebuah rumah

Pada majlis ringkas itu, Haliza menerima mas kahwin RM80, selain wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baharu.

Manakala Haliza pula menyerahkan lima dulang hantaran, berb4las tiga daripada pengantin lelaki.

Perkahwinan dengan dvda anak satu yang juga perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa ini sekali gus melenyapkan teka-teki status sebenar pelakon drama Cinderella itu.

Menurut Haliza dia menjal1nkan hvbungan persahabatan dengan Matthew sejak empat tahun lalu.

Suamilah lelaki pertama yang saya berani bawa bertemu keluarga selepas setahun menjal1n hubungan cinta

HALIZA MISBUN

PELAKON

“Ini adalah perkahwinan pertama saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selama ini, saya tahu ada yang s4ngsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.

“Namun, saya bersyukur apa yang dinantikan sekian lama sudah dimakbulkan dan kehadiran suami melengkapi hidup saya, insyaAllah.

“Suami sudah menetap di Malaysia, sejak sembilan tahun lalu. Kami berkenalan menerusi kawan, bertemu di sebuah restoran di Damansara Heights ketika saya bersama rakan menjadi detik awal perkenalan,” katanya.

Menerusi kenyataan media yang diberikan mengenai perkahwinannya itu, Haliza berkata dia mula ser1us untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat kesvngguhan Matthew bertemu keluarganya.

Haliza terpikat dengan kesungguhan yang ditunjukkan Matthew.

“Suamilah lelaki pertama yang saya berani bawa bertemu keluarga selepas setahun menjal1n hvbungan cinta… saya yakin dengan kesungguhannya untuk menjalinkan hubungan ser1us. Malah, kami juga terbuka dalam pelbagai aspek.

“Mungkin disebabkan usia sebaya menjadi faktor keserasian dan saling memahami,” katanya.

Sejurus selesai upacara akad n1kah, pasangan mempelai diraikan di sebuah dewan di lokasi yang sama.

Haliza kelihatan anggun mengenakan busana rekaan teman baik, Sutex dan adiknya, Rozana Misbun menjadi pengapit.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *