Hiburan

Pesanan Pedas Nadia Brian Buat Bkas Suami, ‘Sila Padam Gmbar Dan Pulangkn 19 Kotak..’

PeIakon, Nadia Brian meminta semua pihak tidak menggunakan atau mencantumkan gambar dia bersama bekas suami, Muizz Nasruddin dalam apa saja artikel mahupun siaran.

Malah Nadia ketika dihubungi turut meminta supaya Muizz memadam semua gambarnya yang ada dalam simpanan termasuklah di mana-mana platform media sosial.

” Saya mohon kepada semua pihak supaya tidak menggunakan gambar saya bersama bekas suami, tidak kiralah gambar bersama dalam satu foto atau gambar yang dicantumkan. Saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengannya lagi.

” Saya juga minta Muizz supaya memadam gambar-gambar yang ada kaitan dengan saya tidak kiralah sama ada dalam simpanannya atau di platform media sosial,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelakon filem Ratu Kala Jengking ini, selain gambar ada beberapa barangnya yang masih disimpan Muizz.

” Ada 19 kotak mengandungi barangan yang saya beli sendiri, hadiah peminat, barangan daripada pereka fesyen dan tajaan milik saya masih ada dengannya.

” Saya harap dia dapat pulangkan barang-barang itu kerana kami sudah tak ada sebarang kaitan,” katanya.

Dikriti.k ntizen kerana kerap berada di luar walaupun baru seminggu bercrai, Nadia menegaskan bahawa dia keluar untuk bekerja dan mencari rezeki bagi menyara kehidupannya bersama ibu serta neneknya.

” Saya keluar bekerja. Memanglah di Instagram nampak macam saya sendiri tapi itu semua adalah atas urusan kerja.

” Saya tahu ada netizen kritik dan saya berterima kasih kepada yang faham dengan situasi saya,” katanya.

Nadia dan Muizz berkahwin pada 9 November 2019, namun, kebahagiaan mereka hanya berlangsung selama enam bulan.

” Saya bersyukur kerana episod hitam sudah berakhir. Walaupun hanya bertahan selama enam bulan, proses percraian saja memakan masa hampir setahun,” katanya.

Terbaru, Nadia kini sedang menjalani penggambaran filem komedi berjudul Rumah Maduku Berhantu bersama Zizan Razak dan Rita Rudaini.

Terdahulu pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi ini memuat naik sebuah video mempamerkan dirinya sedang berada di sebuah ‘shopping mall’ sambil ‘berposing’ persis model antarabangsa.

Menerusi video tersebut, jelas terpancar kebahagiaan di wajah wanita berusia 30 tahun berkenaan setelah bergelar ‘Miss J’.

Menjengah ke ruangan komen, peminat memuji bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu yang disifatkan semakin cantik dan ‘berbisa’ setelah kembali ‘solo’.

Makin meletop! Miss J meIetup!

Bagaimanapun di samping menerima ribuan pujian daripada para peminat, timbul pula persoalan ‘kurang enak’ dalam kalangan ntizen berkenaan tempoh ”iddah’ seorang isteri setelah bercrai.

Tempoh ‘iddah dah habis ke keluar jalan?

Memandangkan empunya diri baru sahaja bercrai dengan bekas suami, ramai netizen mengur dan meny3lar tndakan Nadia yang didkwa seakan tidak mengendahkan hukvm agama apabila dilihat keluar rumah biarpun dalam tempoh ‘iddah.

Sumber:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *