
Bagi memastikan orang ramai tidak mengambil kesempatan sewenang-wenangnya untuk merentas negeri bertujuan balik ke kampung sempena menyambut Ramadan ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya (SJR).
Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, polis tidak akan berkompromi, sebaliknya tindakan tegas diambil terhadap mereka terbabit jika melakukan kesalahan itu, laporan Berita Harian.
Katanya,kelonggaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dengan kebenaran polis. Setakat ini, terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara.
“Polis percaya ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk balik ke kampung menjelang Ramadan yang dijangka disambut 13 April ini memandangkan pada tahun lalu, tidak dapat berbuat demikian. Pelbagai cara akan digunakan orang awam untuk berbuat demikian, jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas.
Notis di balai polis isu rentas negeri bukan untuk orang awam
Satu notis yang terpampang di pintu sebuah balai polis di Cheras, Kuala Lumpur yang tular di media sosial sejak semalam sebenarnya adalah dari peringatan lisan yang diberikan kepada anggota polis.
Ketua Polis Daerah Cheras, Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengatakan bahawa dia anggota polis yang bertugas lebih berhati-hati ketika memproses permohonan perjalanan rentas negeri orang ramai.
Namun, menurutnya, salah seorang anggota di salah satu balai polis telah salah faham dan kemudian mencetak peringatan itu sebelum memaparkannya kepada umum.
“Saya memberitahu pegawai saya untuk mengingatkan mereka bahawa mereka harus memeriksa dengan teliti setiap permohonan perjalanan rentas negari, kerana kita tidak mahu kejadian seperti yang berlaku baru-baru ini berulang.
“Kerana saya tidak mahu pada akhirnya, polis dipersalahkan kerana seseorang memberikan maklumat palsu dalam permohonan mereka,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Notis itu menyatakan perintah ketua polis daerah yang mewajibkan semua pemohon untuk memperincikan aktiviti mereka semasa perjalanan rentas negari yang dirancang, dan memberikan bukti kepada polis. Polis juga tidak dibenarkan memproses permohonan yang tidak mempunyai dokumen sokongan.
Notis yang tular antara lain menyebut: “ekoran isu instafamous, celebrity dan artis yang salah guna kebenaran yang diberi PDRM.”
Walaupun tidak menyebutkan kes tertentu, difahamkan bahawa notis itu merujuk kepada insiden baru-baru ini di mana beberapa selebriti menimbulkan kontroversi susulan gambar aktiviti mereka beriadah ketika melakukan perjalanan ke negeri lain alasan bekerja.
“Notis itu seharusnya tidak perlu ditampal di situ. Kerana itu hanya peringatan kepada polis untuk memeriksa dengan teliti, jangan biarkan orang menipu kita.
“Kerana … lihatlah kes-kes baru-baru ini, polis yang disalahkan,” katanya, tetapi tidak menyatakan kes yang dimaksudkannya.
Mokhsein juga bercakap mengenai bagaimana polis juga dalam dilema ketika mereka memproses permohonan daripada orang ramai.
“Polis selalu disalahkan. Kami dikritik jika kami tidak meluluskan permohonan. Tetapi apabila kami mengizinkan, kami juga dipersalahkan,” katanya
Terkini satu ciapan di muat naik mengenai borang kebenaran rentas negeri telah dicop dan hanya perlu diisikan.
Komen-komen netizen yang kurang berpuas hati
wow tak sangka . kononnya nak bangga dapat layanan special kot
Bila batak baru keluar kandang. Dia dlu yg kecoh rentas negeri. Sebab kan jibauk mcm ni la kita tak dapat balik raya. Mampus la aku guna agen pelancongan tu.
Along,borang rentas negeri daddy ltak atas meja siap cop dah.Along x yah susah2 nk dtg balai..kepala butohhh
Rata-rata memang tidak berpuas hati dengan tindakan memuat naik status sebegitu. Tapi ada penjelasan untuk kes ini.
Tuan punya badan pun dah mengaku kesilapan. Walaupun sahih sebab untuk rentas negeri seeloknya tak perlu dia muat naik dengan cara sebegitu kerana bakal mengundang rasa tidak puas hati ramai. Semoga segala urusan dipermudahkan untuk semua orang. Harapan semoga Ramadan dan Syawal dapat beraya di kampung. Amin.
Siaran Media: Kenyataan Ketua Polis Daerah Kemaman.
Satu kertas siasatan berhubung kes dipercayai pemalsuan tandatangan melibatkan borang rentas negeri telah dibuka susulan penularan borang kosong bertandatangan di media sosial pada 7 April.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Hanyan Bin Ramlan, kejadian melibatkan borang rentas negeri Balai Polis Chukai, Kemaman dengan tandatangan Ketua Balai Polis Chukai.
“Pada 7 April 2021, tular borang rentas negeri Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu di mana satu borang rentas negeri kosong milik Balai Polis Chukai bertandatangan telah ditularkan di media sosial dengan tulisan “Dapat info SOP terbaru ialah approve dulu baru isi form”.
“Siasatan awal mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Polis Chukai, Insp. Mohamad Ramizan bin Ramli,” katanya.
Jelas beliau, borang itu telah diberikan kepada seorang wanita yang memohon kebenaran merentas negeri untuk ke Kuala Lumpur bagi urusan temuduga pekerjaan pada 8 April ini.
Susulan itu, satu kertas siasatan polis telah dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan atas kesalahan pemalsuan bagi maksud hendak menipu serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Sumber OMM/ Artikel by RJ/ siakap keli
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply