Dato Seri Siti Nurhaliza Ded4h Bayi Kedua Ni Merupakan Kembar Kepada Siti Aafiyah

Usia kandungan kedua kini sudah mencecah lapan bulan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dijangka menyambut kel4hiran bayi lelaki pada awal Ramadan ini.

Meskipun bukan pengalaman pertama, namun Siti akvi berdeb4r untuk melalui proses bers4lin sekali lagi serta memohon peminat mendoakan segala urusan dipermudahkan.

“Saya yakin setiap ibu yang pernah melalui proses bers4lin pasti gement4r. Lebih lagi, setiap pengalaman tidak sama. Pengalaman bers4lin kali pertama tentu tidak sama dengan kedua.

“Jadi, saya memohon agar mendoakan proses bers4lin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan,” katanya .

Terdahulu, Siti memberitahu bahawa bayi keduanya itu sebenarnya merupakan kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah, namun embri0 tersebut disimpan terlebih dahulu.

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, kini berusia tiga tahun.

Siti Nurhaliza gementar nak bersalin anak kedua

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih awal Ramadan ini untuk melahirkan anak kedua.

Siti, 42, berkata, dia memohon doa orang ramai dan peminat semoga proses bersalin itu berjalan lancar.

“Insya-Allah tak lama lagi saya akan bersalin dan berpantang. Doakan semoga proses itu berjalan lancar dalam beberapa hari saja lagi. Namun, saya gigihkan juga untuk selesaikan acara hari ini kerana sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi kepada masyarakat,” katanya.

Menurut Siti, majlis pelancaran Wafer Emas Edisi Khas Jubli Siti 25 Tahun bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang diadakan hari ini adalah acara terakhir membabitkan dirinya.

Ditanya mengenai persediaan untuk melahirkan anak kedua, Siti berkata, dia berasa gementar.

“Saya percaya semua wanita yang nak bersalin akan merasai perkara sama. Saya tidak terkecuali, jadi doakan semuanya lancar dan dipermudahkan,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjasama bersama YaPEIM itu, kedua-dua pihak mencipta sejarah dengan memperkenalkan wafer emas 999 satu gram, lima gram dan dinar emas (4.25 gram).

“Keluaran YaPEIM Gold ini adalah langkah untuk menggalakkan masyarakat terutama dalam kalangan peminat saya untuk menjadikan wafer emas ini koleksi peribadi sekali gus mendidik masyarakat untuk menyimpan emas.

“Pihak YaPEIM mensasarkan jualan 30,000 keping bagi varian satu gram, manakala 3,000 keping bagi edisi satu dinar dan 3,000 keping bagi edisi lima gram secara pra tempahan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Dato Seri Siti Nurhaliza Ded4h Bayi Kedua Ni Merupakan Kembar Kepada Siti Aafiyah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*