Tak Ada Duit Nak Sambut Birthday Bapa, Tapi Usaha Anak Ini Bikin Ramai Tersentuh

Sudah menjadi satu trend dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun luar negara, setiap kali apabila menjelangnya hari kelahiran pasti akan mengadakan sambutan secara kecil-kecilan ataupun besar-besaran. Akan tetapi ianya bergantung kepada bajet seseorang itu.

Tetapi lain pula ceritanya apabila kanak-kanak dari Filipina ini telah menggunakan beg plastik untuk dijadikan sebagai ‘belon’ bagi menyambut hari kelahiran bapa tercinta.

Nak buat kejutan hari jadi bapa

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Melody Silang menceritakan tentang inisiatif jirannya yang menggunakan beg plastik untuk dijadikan sebagai belon. Menurut individu ini, kanak-kanak itu mahu membuat kejutan sempena hari jadi bapanya tetapi dalam masa yang sama tidak mampu untuk membeli belon bagi menghiasi ruangan di rumah mereka.

Oleh itu, adik-beradik ini telah meniup beg plastik untuk dijadikan sebagai belon sebelum digantung sempena kejutan hari lahir bapa mereka.

Mereka merancang mahu memberi kejutan hari jadi kepada ayah bila dia pulang dari kerja.

Mereka telah menulis ‘Happy Birthday Papa’ pada ‘belon’ tersebut. Kanak-kanak ini juga memaklumkan mereka tidak mempunyai wang untuk membeli kek. Oleh itu, mereka telah membuat sendiri ‘kek telur’ untuk bapa tercinta.

Ada individu beri sumbangan

Melody mengakui usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak ini sangat menyentuh hati. Hal ini kerana, walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan tetapi mereka tetap berusaha mahu menggembirakan insan tersayang. Di posting terbaru, Melody memaklumkan ada insan yang bermurah hati telah memberikan sumbangan seperti kek dan minuman kepada keluarga ini.

Di ruangan komen juga, ramai netizen meluahkan rasa simpati dan dalam masa yang sama terharu melihat usaha kanak-kanak ini.

Gembirakan Hati Orang Tua Mu

Sesuatu perkara itu mungkin dianggap remeh. Namun jika ia menggembirakan hati ibu bapa, apa salahnya ia dilakukan. Ketahuilah besarnya penghargaan Allah SWT terhadap orang yang menyenangkan hati ibu bapanya.

Ibu Bapa Sudah Banyak Menggembirakan Hidup Kita

Saat kita dilahirkan, ibu dan ayah merupakan orang pertama yang bergembira dengan kelahiran kita. Ibu tersenyum bahagia walau sakit dan luka masih dideritainya. Wajah ayah berseri-seri mengkhabarkan kepada keluarga dan sanak-saudara tentang kegembiraannya. Semua orang tumpang gembira dengan rezeki berharga yang melimpah dalam hidupnya berupa seorang anak.

Setiap hari ibu bapa mengacah kita dengan mesra dan manja, usikan dan perhatian mereka amat bermakna dan menggembirakan kita saat itu. Mereka menggembirakan lagi kita dengan mengajar berjalan, membelikan pakaian dan permainan baru serta membeli pelbagai barang yang kita inginkan.

Mereka juga menggembirakan kita dengan mengajar mengaji al-Quran, menghantar ke sekolah, mengajak bersiar-siar, balik ke kampung dan sebagainya. Mereka berkorban dan bersusah payah untuk memastikan kita hidup sempurna dan cukup keperluannya. Kita gembira bermain, berlari dan berkejaran dengan kawan-kawan sehingga kita semakin membesar dan dewasa.

Apakah balasan kita terhadap insan yang terlalu banyak menggembirakan hidup kita itu?

Adakah kita turut membahagiakan hidup mereka?

Atau hanya membentangkan masalah demi masalah terhadap mereka?

Allah SWT berfirman yang bermaksud:-

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Aku jua tempat kembali kamu semuanya. Kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan.” (surah al-Ankabut 29:8)

Sumber: Melody Sailang

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*