(Video) Rombongan Pengantin Lelaki Dah Siap Duduk & Serah Hantaran Lagi Baru Tersilap Alamat Dan Salah Singgah Rumah Pgantin Perempuan

Bila tibanya hari paling bahagia untuk setiap pasangan iaitu hari perkahwinan, pasti setiap orang berharap agar ianya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang cacat cela.

Namun, tiada apa yang sempurna di dunia ini, walaupun semuanya sudah dirancang dengan rapi.

Seperti situasi yang tular di Indonesia ini, rombongan pengantin lelaki dipercayai telah ‘menyerbu’ ke dalam rumah yang salah, lapor Tribun Lombok.

Sementara pengantin wanita sedang menunggu rombongan lelaki yang tidak kunjung tiba, rombongan lelaki dipercayai telah pergi ke alamat rumah yang salah, menyerahkan hantaran dan duduk di dalam rumah itu.

Setelah menyedari bahawa mereka tersilap alamat, mereka terus keluar dari rumah itu dan mengambil semula barang hantaran.

Video kejadian itu telah tular di Indonesia sejak beberapa hari yang lalu.

Dalam video tersebut, dapat dilihat mereka terpaksa menanggung malu kerana tersalah alamat.

Menurut Tribun Lombok, mereka pergi ke kediaman seorang wanita yang sedang mengadakan majlis pertunangan.

Mereka ‘tersesat’ kerana menggunakan share location di Google Maps yang dihantar pada mereka.

Kebetulan pula, kampung itu pada ketika itu mempunyai dua majlis iaitu pernikahan dan pertunangan.

“Rombongan keluarga pengantin dari Pemalang yang salah alamat ke rumah pengantin lain di pakis (haruse yang rumah ini pasangannya dari Kendal).

Dimana diketahui dalam satu desa di daerah sana ada dua keluarga yang sedang sama sama menunggu rombongan pengantin di hari dan jam yang sama.

Gara gara share loc salak lokasi pernikahan..sudah duduk sudah seserahan eh salah,”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*